Isnin, Julai 25, 2011

Bahasa Rojak Perosak Bahasa

Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Malaysia memutuskan hendak melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.

Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini sering diperdebat. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah Gempak dan Kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan penggunaan Bahasa Rojak.

ANTARA CONTOH BAHASA ROJAK
Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)
- Khalisya memang terror (hebat) la
- Menu kat Pahang Club ni best (bagus) sangat

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur Bahasa Cina)
- Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?
- Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!
- Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)?

CONTOH BAHASA ROJAK DARI SATU FORUM LAMAN WEB
Alasan yang paling popular bagi penggunaan Bahasa Rojak ini ialah untuk menonjolkan kehebatan si penutur menguasai bahasa yang satu lagi, terutama Bahasa Inggeris. Malangnya ini juga secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada cemuhan orang lain yang melihat mereka sebagai tidak mampu dalam menguasai salah satu daripada bahasa tersebut secara sepenuhnya. Satu fakta yang memang tidak dapat disangkal lagi ialah, kebanyakan penutur Bahasa Rojak ini biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi di dalam persekitaran berbahasa Inggeris yang sebenar, dan ini kerap menyebabkan mereka disalah erti, terutama apabila berada di negara-negara barat yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian.


Kita sebagai bakal pendidik dan guru bahasa Melayu perlu mangambil langkah dalam mengurangkan bahasa rojak ini. Walaupun kita sendiri menggunakannya namun masalah ini boleh diatasi jika kita mengambil sikap ambil tahu dan cuba untuk mengurangkan penggunaan bahasa rojak ini. Ayuh, maju kehadapan!


Oleh : 
Norshabarina binti Isa

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa