Ahad, Julai 10, 2011

Lawatan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lawatan ini bertujuan memberikan maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagi menjalankan tugasan ini kami telah membuat keputusan untuk membawa ahli jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu yang mengikuti kursus WAJ 3113 bagi menambahkan ilmu pengetahuan tentang kegiatan atau aktiviti yang dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka mengikut perancangan berikut:

BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 3 November 2011
Tempat : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Hari : Khamis
Masa : 6.30 pagi hingga 5.00 petang.

Program lawatan ini merupakan salah satu agenda yang terdapat dalam aktiviti persatuan yang bertujuan untuk mendedahkan ahli persatuan tentang pengurusan dan pentadbiran di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahli persatuan juga akan didedahkan kepada kemahiran merancang, mengendali, dan menguruskan sesuatu program di samping belajar untuk membuat laporan.

Kemaskini:
Terdapat sedikit perubahan terhadap aktiviti lawatan ini bagi destinasi yang akan dituju, sila rujuk; http://depsaafzan.blogspot.com/2011/10/lawatan-ilmiah-ke-institut-terjemahan.html

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa