Selasa, Julai 19, 2011

Menulis Dari Hati


Mungkin sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, namun hatiku terus berbisik, mengapa dinihari insan yang bergelar GURU sering dipersalahkan oleh ibu bapa kiranya anak-anak mereka tidak lulus dalam peperiksaan? Tepuk dada tanya hati .

Mungkin saya tidak pasti mengapa masalah ini boleh berlaku kerana masih setahun jagung dalam bidang ini. Saya mahu memetik pendapat semua mengapa hal ini boleh berlaku? Adakah benar, kita sebagai GURU yang patut dipersalahkan? Wajarkah hal ini berlaku?

Kita sering mendengar dan terus terusik apabila mendengar cerita mengenai guru-guru lama. Hinggakan terdengar tapak kasut pun murid-murid sudah takut. Sekarang? Di mana salah kita?

Oleh: 
Nor Hashida bt Abd Wahab

2 respon:

Jalalludin berkata...

Rasanya kalau ingin dipersalahkan, semua pihak bersalah, daripada sistem pendidikan, hinggalah kepada anak didik kita. Yang paling penting, kita perlu ada rasa tanggungjawab untuk memperbetul segala kesilapan yang dilakukan. Terima kasih atas kiriman bahan

Ieyda Achieda berkata...

^^, sama-sama ncik !

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa