Jumaat, Julai 22, 2011

Pengguguran atau Kelewahan (Siri 1)

Belakangan ini, banyak pengguna bahasa yang menggunakan bahasa dengan sewenang-wenangnya. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa bahasa perlulah dinamik. Maksudnya ialah bahasa yang digunakan dapat mempercepat seseorang pengguna memahaminya. Mereka berpendapat bahawa bahasa mestilah bebas daripada sebarang unsur kelewahan. Menurut kumpulan itu lagi, bahasa Melayu yang bersifat moden ialah bahasa melayu yang ringkas, padat, dan tepat bagi memperkatakan sesuatu perkara. Golongan ini berpendapat bahawa ungkapan “muncul sebagai juara” sepatutnya “muncul juara”, “bertanya kepada guru” sepatutnya “bertanya guru”, dan banyak lagi sepatutnya diterima sebagai betul.

Perkembangan yang diperkatan ini merupakan satu perkembangan yang tidak sihat bagi bahasa Melayu. Bahasa yang baik sememangnya bahasa yang ringkas, padat, dan tepat. Selain itu, susunan bahasanya pula menarik dan indah. Namun, bahasa yang tepat, ringkas, dan padat itu tidak sepatutnya melanggar peraturan bahasa. Ungkapan-ungkapan seperti “pergi sekolah”, “balik kampung”, dan sebagainya tidak sepatutnya digunakan.

Dalam bahasa Melayu, kita sememangnya tidak digalakkan menggunakan perkataan atau frasa yang membazir atau lewah. Walau bagaimanapun, dalam keadaan-keadaan tertentu, pengguguran diperlukan. Pengguguran ini merupakan satu proses transformasi yang dibenarkan dalam bahasa Melayu kerana mempunyai tujuan-tujuan tertentu seperti penekanan atau mengutamakan unsur yang dipentingkan tanpa menjejaskan kegramatisan ayat. Ada perkataan-perkataan tertentu yang perlu digugurkan dan ada perkataan-perkataan tertenu yang tidak perlu digugurkan. Lihat ayat-ayat contoh di bawah:
  1. Usaha-usaha yang wajar perlu diambil oleh semua pihak untuk mempopularkan permainan itu semula. Jika kita meneliti ayat (1) di atas, kita dapati bahawa terdapat ayat-ayat tertentu yang perlu mengalami proses transformasi pengguguran, manakala beberapa ayat lagi tidak perlu mengalami proses tersebut. Ayat (1) di atas sepatutnya dapat dinyatakan dengan lebih ringkas dan tepat seperti yang di bawah ini :
1 a. Usaha-usaha yang wajar perlu diambil semula untuk mempopularkan permainan itu semula. 

Penjelasan :
Dalam ayat (1 a.) itu, frasa nama oleh + FN, iaitu oleh semua pihak telah digugurkan. Hal ini dibenarkan bagi ayat pasif diri ketiga. Namun begitu, kata hubung pancnagan keterangan untuk dalam ayat itu tidak boleh digugurkan. Jika digugurkan, ayat tersebut kelihatan seperti tidak lengkap atau tergantung. Lihat ayat tersebut di bawah ini :

1 b. *Usaha-usaha yang wajar perlu diambil mempopularkan permainan itu semula.


Petikan Akhbar : Berita Harian (Minda), 19 Julai 2011
Pengarang : Cikgu Ghalib YunusOleh:Siti Husna Binti Mohd Basir

3 respon:

Jalalludin berkata...

artikel yang menarik, namun boleh dimasukkan aspek transformasi yang lain seperti peluasan ayat dan penyusunan semula

Jalalludin berkata...

Assalamualaikum, kepada semua pelajar BM Major Sem 6 IPGKTAA, soalan kerja kursus projek akan mula dipaparkan pada laman web Jabatan Pengajian Melayu pada 27 Julai 2011.

Sekian, harap maklum

ahsfantasy24 berkata...

Sudah dimaklumkan di Facebook
dan blog ruangan 'pengumuman' encik.

^^,

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa