Selasa, Julai 19, 2011

Kenapa Orang Melayu Malas Membaca?

Tergerak hati saya untuk menulis tajuk ini setelah mengalami situasi semasa beratur  membeli tiket. Ketika membeli tiket untuk pulang,saya ternampak seorang uncle cina yang sedang membaca surat khabar. Sungguh tekun uncle tersebut membaca surat khabar. Namun disebelahnya terdapat pakcik Melayu yang sedang menghisap rokok sambil termenung. Hati saya terdetik, "Inikah orang Melayu?" dan tertanya-tanya kenapa orang Melayu suka membuang masa dan malas untuk membaca?


Tidak ada sesiapa pun dapat menafikan bahawa membaca adalah gerbang kepada segala ilmu. Orang yang mempunyai otak paling bergeliga sekalipun, sekiranya dia kurang membaca, atau malas membaca, dia tetap juga seorang yang tidak bermaklumat, atau kata lain, kurang ilmu. Budaya membaca dalam kalangan masyarakat Melayu jika dibandingkan dengan masyarakat Eropah atau masyarakat Cina di Malaysia, adalah amat lemah. Pelajar atau orang Melayu bagaikan tidak suka membaca.Tetapi kenapa?


Apa yang menjadikan seseorang itu malas membaca sedangkan kerajinan membaca adalah antara kunci penting bagi kejayaan seseorang bagi setiap bidang yang diceburi seseorang, waimma bidang masak memasak atau pertukangan kayu! Di samping faktor pengaruh persekitaran, didikan dan faktor kelembapan minda, pernah atau tidak anda terfikir bahawa faktor perkataan yang panjang memainkan peranan yang 
tidak kurang pentingnya yang menyebabkan seseorang malas membaca.                       


Cuba anda semua fikir-fikirkan dimana silapnya kenapa orang Melayu malas untuk membaca? salah siapa? renung-renungkanlah...


Oleh:
Norshabarina binti Isa

3 respon:

Jalalludin berkata...

Rasanya setiap bangsa mempunyai masalah yang sama cuma mungkin peratus dalam kalangan Melayu lebih tinggi. Atas kesedaran itu maka sayugianya kita memberikan perhatian terhadap perkara ini dan seterusnya menjadi pembaca yang bestari. terima kasih atas kiriman bahan

ahsfantasy24 berkata...

Keinginan orang Cina dan orang Melayu
untuk membaca buku adalah ketara
bezanya, boleh dilihat di kedai- kedai buku..

Sab 사브리 berkata...

Malassiah..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa