Sabtu, Julai 30, 2011

Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3111

Dalam kajian semantik, kita perlu memahami beberapa istilah penting. Namun begitu, kita harus memahami istilah Semantik dan makna terlebih dahulu. Dari sudut linguistik, semantik ditakrifkan sebagai sistem dan pengkajian tentang makna dalam bahasa, iaitu makna kata, frasa dan ayat. Sesuatu kata, frasa dan ayat dengan sendirinya mempunyai ciri semantik tersendiri dan makna yang berbeza-beza.

Peristilahan pula membawa maksud pembentukan perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan. Bidang Peristilahan sangat penting dan perlu diberi perhatian serius dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu. Dalam usaha ini, istilah-istilah baharu perlu dibentuk untuk kegunaan dalam pelbagai bidang ilmu khususnya Bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, untuk melihat perkaitan antara semantik dengan peristilahan, pelajar dikehendaki menyediakan satu tugasan projek. Dalam pelaksanaan projek ini, pelajar dikehendaki:
  1. Memberikan definisi, takrif dan konsep Semantik, Makna Leksikal, Makna Ayat, Peristilahan, Tataistilah, dan Tatanama.
  2. Dengan menggunakan Kerangka Generatif Chomsky, jelaskan proses transformasi (pengguguran, penyusunan semula dan peluasan). Berikan contoh-contoh ayat dalam proses transformasi tersebut. Penjelasan perlu disertakan dengan sekurangkurangnya satu ilustrasi seperti gambar rajah pohon.
  3. Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut iaitu: i Kosa Kata Umum Bahasa Melayu ii Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun iii. Kosa Kata Bahasa Asing.
  4. Berdasarkan penyataan di atas, pilih satu artikel yang panjangnya antara 1,000 – 1,500 patah perkataan dan buat analisis tentang istilah bahasa Melayu yang terdapat dalam artikel tersebut. Analisis perlu merangkumi ketiga-tiga aspek sumber perolehan istilah bahasa Melayu. Anda boleh merujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Istilah Bahasa Melayu sebagai panduan.
Tugasan ini berlangsung bermula 27 Julai sehingga 29 Ogos 2011. Klik di sini untuk memuat turun soalan tugasan. Segala pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah dirujuk kepada pensyarah mata pelajaran; Encik Jalalludin bin Ibrahim melalui:-

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa