Jumaat, Julai 29, 2011

Tugasan Projek Kerja Kursus BMM 3112

Kamus ialah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna kata-kata serta berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru.

Selain menerangkan maksud, kamus juga mungkin mempunyai panduan sebutan, epistimologi, sesuatu perkataan dan contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan.

Tugasan ini hendaklah dijalankan secara kumpulan (3 orang) dalam jangka masa yang telah ditetapkan seperti di atas. Dalam pelaksanaan projek ini, anda dikehendaki:
  1. Menghuraikan secara ringkas sejarah perkembangan perkamusan di Malaysia.
  2. Jenis-jenis perkamusan yang terdapat di Malaysia.
  3. Teori dan prinsip perkamusan bahasa Melayu.
  4. Menyediakan SATU munuskrip salah satu daripada jenis perkamusan berikut; kamus antonim, kamus sinonim, kamus simpulan bahasa, peribahasa, perbilangan dan perumpamaan, dan Kamus dialek Kelantan, Terengganu atau Kedah.
  5. Manuskrip tersebut mestilah disertakan dengan penerangan yang ringkas.
  6. Manuskrip juga perlu disertakan ilustrasi yang menarik khususnya bagi kata-kata yang abstrak.
  7. Anda dikehendaki membuat satu refleksi tentang pelaksanaan projek tersebut. Panjang refleksi lebih kurang dua muka surat.

Tugasan ini berlangsung bermula 27 Julai sehingga 29 Ogos 2011. Klik di sini untuk memuat turun soalan tugasan. Segala pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah dirujuk kepada pensyarah subjek.

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa