Isnin, Ogos 01, 2011

Info Bahasa

Bahasa Arkaik
Kamus Dewan edisi keempat terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP; 2005) mendefinisikan perkataan arkaik atau ‘arkaisme’ sebagai kuno, sudah ketinggalan zaman, atau sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan kata, ayat dan ungkapan). Kebanyakkan pengguna bahasa Melayu pascamerdeka tidak mengetahui maksud perkataan ‘arkaik’ apatah lagi untuk menggunakannya dalam penulisan atau pertuturan seharian mereka. Menurut Kamaruddin Elias (2011), “Adalah sukar untuk kita memaksa pengguna bahasa Melayu membiasakan diri mereka menggunakan bahasa arkaik dalam penulisan seharian. Bagaimanapun, perkara ini dapat dilakukan sekiranya semua pihak berfikiran terbuka bahawa kepelbagaian jenis bahasa di dunia ini wajar dipelajari”. Yang berikut ialah beberapa contoh arkaik yang terdapat dalam Kamus Dewan.

BIL
BAHASA ARKAIK
MAKSUD
1.
habur
Membuang-buang (wang)
2.
haiwanat
Jamak bagi haiwan
3.
haiwani
Sifat (resmi) binatang jantan
4.
hijab
Penjaga pintu
5.
hakam
Orang tengah, pendamai, wasit
6.
hamik
Bebel, bodoh, dungu
7.
hatif
Suara yang didengar tetapi orangnya tidak dilihat, suara dari jauh.
8.
haud
Tempat menakung (menyimpan) air, tangki air
9.
Hausalat. hausalah
Tembolok ayam (burung)
10.
hindu
Induk, nenek moyang
11.
hinggan
batas
12.
huji
suka
Keistimewaannya, penggunaan bahasa arkaik lewat Kamus Dewan edisi keempat yang menggunakan label ‘arkaik’ (ark) mempunyai maksud yang menarik dan tersendiri untuk dipelajari oleh pengguna bahasa Melayu walaupun bahasa ini sudah sekian lama tidak digunakan kerana keterhadan penggunaannya atau timbulnya perasaan waswas dalam kalangan pengguna bahasa Melayu mutakhir. Menurut Eliza Majid (2011), “Pemakaian bahasa arkaik dalam pertuturan dan penulisan seharian rakyat Malaysia pada alaf baharu ini amat kurang sekali. Dalam hal ini, pihak media massa perlu memainkan peranan proaktif untuk membantu pihak DBP bagi memeriahkan penggunaan bahasa arkaik.

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa