Rabu, Ogos 10, 2011

Definisi Semantik


  1. Istilah ‘semantik’ berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang bermaksud ‘penting; bererti’.
  2. Semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna (J.W.M. Verhar, 1996).
  3. Semantik merupakan bidang studi linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer,1994).
  4. Kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. (Kamus Dewan, 1997: 1228)
  5. Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat.
  6. Secara umumnya ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan.
  7. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.
  8. Kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Oleh:
Nurul Nazwa binti Osman

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa