Isnin, Ogos 15, 2011

Terkini Tugasan BMM 3111

Rakan-rakan disarankan melengkapkan terlebih dahulu skrip tugasan untuk soalan (a) dan (b) memandangkan soalan-soalan tersebut merujuk kepada isi pembelajaran kita pada kuliah-kuliah sebelum ini. Rujukan soalan tugasan boleh dirujuk di sini.

Bagi soalan (a), sila baca buku yang berkaitan dengan semantik dan peristilahan. Segala rujukan perlu dicatatkan pada bahagian bibliografi. Jangan hanya bergantung pada akses Internet sahaja. Hasil kerja untuk soalan ini dalam bentuk esei. Panjangnya lebih kurang 5-10 muka surat.

Untuk soalan (b) pula, semua pelajar perlu merujuk buku Tatabahasa Dewan (Bab 19)-Konsep Transformasi Generatif. Anda perlu melihat pada tiga konsep penerbitan ayat iaitu pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. Dengan menggunakan contoh ayat sendiri, huraikan bagaimana sesuatu ayat diterbitkan. Huraian perlu disertakan dengan rajah seperti dalam Bab 19 buku Tatabahasa Dewan itu.Jangan ambil ayat daripada buku tersebut.

Untuk soalan bahagian (c) diberi kelonggaran ruang pertanyaan sehingga tamat cuti Aidilfitri nanti memandangkan kuliah tentang tajuk tersebut masih belum disentuh oleh pensyarah pada kuliah sebelum ini. Namun begitu, saya akan cuba bantu memperjelas soalan tersebut di sini.

- Disunting oleh En. Jalalludin bin Ibrahim

2 respon:

Jalalludin berkata...

Terima Kasih Ayu atas makluman yang telah disampaikan.Saya akan edit beberapa perkara

ahsfantasy24 berkata...

Sama-sama encik :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa