Khamis, September 29, 2011

Masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa Melayu. Dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu.

Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang berubah-ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, tiada tindakan yang dapat diambil terhadap mereka yang mengutamakan bahasa Inggeris, justeru dengan itu akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah.

Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitkan buku-buku berunsur ilmiah yang diterbitkan dikalangan guru.Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli kebanyakanya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini.Ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa undang-undang, untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik, betul, dan indah.

Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja tetapi tidak diberikan kuasa undang-undang,maka usaha ke arah ini kurang berkesan.Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan, seperti kursus ekomoni, pengurusan perniagaan, undang-undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk menjadi pengantar ilmu. Arbak Othman, Dewan Bahasa (2006: 27-29)Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing, ini terpapar dalam rancangan berbentuk perbincangan politik dan juga ekonomi. Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian ilmu.

Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga dengan penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan utama.

Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu.Setelah dikenalpasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu, tumpuan dialih pula kepada cara-cara untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu.

Sumber : http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata
Oleh : Norshabarina Isa

Selasa, September 27, 2011

Hubungan semantik

Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah
  • sinonim
  • antonim
  • hiponim
  • meronim
  • polisim
  • homonim
  • homofon
  • homograf
1. Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Contoh:
sang suria = matahari
hangat = panas


2. Antonim - merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan.
Contoh:
Pandai lawannya bodoh
Putih lawannya hitam.


3.Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh:
kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang)
Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan)


4.Meronim - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada.
Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada perkataan kereta.


5.Polisim - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.
Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut:
Belum masak atau masih muda/putik (buah-buahan)
Tidak masak betul (barang yang dimasak)
Tidak atau belum dimasak (barang makanan)
Belum diproses (bahan galian dan sebagainya)
Belum matang pemikiran.


6.Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza.
Contoh:
pasang I - jodoh atau kelamin
pasang II - naik atau bertambah (air laut)
pasang III - tembak (meriam)
pasang IV - berhias (badan)


Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
i. homofon - kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna.
contoh: massa denan masa
ii. homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.
Gejala ini timbul kerna huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.
Contoh:
semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula).
bela-memelihara
bela-menuntut bela/balas
pelekat-kain sarung
pelekat-gam
iii. homonim - mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa.
contoh:
daki I - kotoran
daki II - panjat


oleh : Norshabarina Binti Isa

Bahasa Pasar Serta Penggunaan Kontemporari

Bahasa Pasar turut termasuk sebilangan perkataan slanga, terbentuk daripada pengubahsuaian daripada perkataan dalam Bahasa Melayu Piawai ataupun dicedok daripada bahasa lain. Bahasa Pasar sering digunakan terutamanya di kalangan masyarakat bandar, yang mungkin sukar difahami di kalangan generasi terdahulu, contohnya awek (gadis), balak (jejaka), usha (perhati), skodeng (intai), cun (cantik), poyo /slenge (buruk) dan lain-lain.

Kata ganti nama yang baru turut direka dengan menggunakan gabungan kata ganti nama sedia ada dengan perkataan orang, contohnya kitorang (kita + orang, menggantikan perkataan kami), korang (kau + orang, bagi merujuk kepada ramai orang), diorang or derang (dia + orang, menggantikan perkataan mereka).

Sebilangan penutur bahasa Melayu, terutamanya di Kuala Lumpur, juga sering menukar bahasa (beralih kod) antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, yang seterusnya membentuk bahasa rojak. Contoh pinjaman kata yang digunakan ialah: Bestlah tempat ni (Baguslah tempat ni),kau ni terror lah (Kau ni hebatlah). Akibatnya, fenomena ini melahirkan rasa kurang senang di kalangan pencinta bahasa di Malaysia, yang sering memperjuangkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul.Berikut merupakan beberapa kependekan yang sering digunakan oleh remaja Melayu:
Perkataan tidak
formal
Perkataan
formal
blehboleh
koengkau
napekenapa
gipergi
katdekat/di
nemana
tautahu
jesahaja
awekgadis
balakpemuda
skodengmengintai
cuncantik
jommari
poyo/selengeburuk
blahberedar
mehmari
apsalapa pasal
tak yahtidak payah
pastuselepas itu
amikambil

Angka Roman Tidak Memerlukan Awalan Ke

Untuk makluman kawan-kawan. Awalan ke tidak diperlukan untuk angka roman. Tuan Haji Muhammed Salehudin Aman menyatakan hal ini dalam ruangan “Cintai Bahasa Kita” dalam Dewan Siswa keluaran November 2009. Menurut beliau, jika angka itu angka roman, kata sendi ke dan tanda sempang tidak perlu ditulis. Perkara ini tercatat juga dalam Koleksi Lembar Bahasa Bil 1. Cetakan pertama lembar ini adalah pada tahun 2002. Lembar ini dicetak ulang pada tahun 2006 dan 2007. Ungkapan contoh yang salah dan yang betul adalah seperti yang di bawah: *ke II → II *ke-II → II *ke III → III *ke-III → III *ke IV → IV *ke-IV → IV *ke V → V *ke-V → V *Kolokium Bahasa Melayu *ke VI → Kolokium Bahasa Melayu VI *Kolokium Bahasa Melayu *ke-VI → Kolokium Bahasa Melayu VI *Sukan SEA *ke XIV → Sukan SEA XIV *Sukan SEA *ke-XIV → Sukan SEA XIV

oleh : Norshabarina Binti Isa

Kata Pemeri

Keliru dengan penggunaan “ialah” dan “adalah”. Apa perbezaan antara dua perkataan itu, dan bagaimana hendak digunakan?Bahagian ini diambil daripada Tatabahasa Dewan.Mari sama-sama kita memahami perbezaan antara kedua-dua perkataan ini.

Kata Pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara, iaitu:
(i) secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif, dengan penggunaan kata pemeri ialah,

(ii) secara huraian tentang subjek oleh predikat, dengan penggunaan kata pemeri adalah.


Penggunaan kata pemeri ‘ialah’ hadir di hadapan frasa nama seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:
Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral negara.

Dalam terjemahan komunikatif, yang mustahak ialah mesej yang hendak disampaikan.
Bahasa Melayu ialah bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia.


Kata pemeri ‘adalah’ pula hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi seperti yang terdapat dalam ayat berikut:
Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar.

Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan.

Perlu diingat bahawa penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.

Perlu juga diingat bahawa kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri ‘adalah’ dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tata nahu bahasa Melayu.
1. * Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.

2. * Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan.
3. * Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.
4. *Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.

Ayat di atas seharusnya berbentuk seperti berikut:
Ayat 1. * Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok, yang betul adalah seperti berikut:
a. Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.

b. Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
c. Ibu bapa diberitahu sekolah akan ditutup esok.
d. Tuan-tuan diberitahu sekolah akan ditutup esok.
e. Dengan hormatnya diberitahu sekolah akan ditutup esok.


Ayat 2. *Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan, yang betul adalah sepert berikt:
a. Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan.

b. Tuan dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan.
c. Anda dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada bulan hadapan.


Ayat 3. *Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin, yang betul adalah seperti berikut:
a. Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.

Ayat 4. *Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu, yang betul adalah seperti berikut:
a. Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.


oleh : Norshabarina Binti isa

Isnin, September 26, 2011

Jamuan Raya

Jamuan Raya Persatuan Pismp Bahasa Melayu Semester 6 pada 6 September 2011. Disini saya sertakan beberapa keping gambar sebagai tanda ingatan kita bersama. Semoga menjadi kenangan yang indah selama kita di sini.

Ramainya nak potong kek ni.. Hehe.


Kami yang penyabar.

Nur Atikah Mohd Noor terpaksa menjengket untuk menampakkan mukanya.


Kek Secret Recipe ditaja oleh Siti Husna Mohd Basir.


Selamat Menjamu Selera. Kelihatan mereka sudah kekenyangan. Alhamdulillah.


Terima kasih atas kerjasama semua dalam menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada mereka yang telah menyumbangkan makanan yang sangat sedap. Semoga Ukhwah fillah Abadan Abada.

Oleh : 
Nurul Nazwa Bt Osman

Khamis, September 22, 2011

Teka silang Kata: Kosa Kata


Melintang
2.     Orang yang menyediakan bahan untuk perniagaan.
6.     Nama yang dikhaskan bagi sesuatu jenis barangan yang dikeluarkan oleh pengilang.
8.     potongan harga bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Menegak
1.     Perkara yang berkaitan dengan nilai dagangan.
2.     Jumlah angka yang dibahagikan dengan seratus.
3.     Wang atau harta benda yang digunakan untuk menjalankan sesuatu perniagaan.
4.  Harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan, menyelenggara sesuatu barangan atau perkhidmatan.
5.     Tersangat laku (barang jualan).
7.     Bakul besar yang diisi dengan pelbagai barang sebagai hadiah.
9.   Pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, televisyen, radio, dan media massa yang lain.

Teka Silang Kata: Semantik

Melintang
3.     Merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan.
4.  Perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada sesebuah perkataan.  Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi  kepada perkataan kereta.
8.  Kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.Contoh:  kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang).
9.     Kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
10.   Merupakan istilah makna tersirat

Menegak
1.     Satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.
2.     Kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza. Gejala ini timbul kerna huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.
5.     Merupakan istilah makna tersurat.
6.   Kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna. contoh: massa dan masa.
7.     Merupakan kajian makna istilah.

Teka Silang Kata: Kata Ganti Nama


Melintang
3.     Digunakan oleh sultan
4.     Merujuk kepada sekumpulan orang
6.     Merujuk orang ketiga
8.     Merujuk kepada orang kedua
9.     Kata ganti nama diri pertama ramai

Menegak
1.     Digunakan oleh orang bawahan dalam istana
2.     Merujuk kepada orang yang berkedudukan
3.     Merujuk kepada sultan
5.     Merujuk kepada orang kedua yang rapat
7.     Kata ganti nama diri pertama
9.     Ia selalu datang tetapi tidak pernah tiba

Teka Silang Kata: Simpulan Bahasa


Melintang
1.     bercakap besar tanpa ilmu
5.     tajam pendengaran
6.     sukar untuk membuat keputusan
8.     kurang jelas pendengarannya, tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
9.     tergamak melakukan sesuatu perkara yang tidak disangka-sangka

Ke Bawah
2.     orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
3.     cepat-cepat lari kerana ketakutan
4.     melakukan sesuatu tanpa berfikir
6.     negara-negara di sebelah timur
7.     anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya

Teka Silang Kata: Teka-Teki


Melintang
3.     Apabila kita bangun, dia tidur. Apabila kita tidur, dia bangun.
4.     Nilai wang yang terdapat dalam bentuk syiling dan kertas
7.     Kurang pengetahuan tentang sesuatu
8.     Sakit yang paling sakit.
10.   Pencebok

Ke bawah
1.     Sejenis benda yang lebih berguna apabila pecah.
2.     Kalau seseorang itu jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?
4.     Benda yang dipakai di kaki
5.     Sejenis tenaga
6.     Bila dieja dari depan menjadi s.u.s.u. Bila diterbalikkan, menjadi______
9.     Ia selalu datang tetapi tidak pernah tiba

Rabu, September 21, 2011

Permainan Bahasa

Aktiviti permainan bahasa akan diadakan khas untuk ahli Persatuan Bahasa Melayu bagi memenuhi tututan perancangan Aktiviti semester bagi Jun hingga November 2011. Kehadiran adalah diwajibkan.

Adat Pulau Limburan Pasang.

Makna : 

Bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. 

Contoh : 
Kalau kita ingin hidup dengan penuh keamanan dan ketenteraman dalam masyarakat yang berbilangan bangsa dan agama ini, perlulah antara kita saling membantu dan saling memerlukan antara satu sama lain supaya sikap bekerjasama dapat dikekalkan bagaikan adat pulau limburan pasang.

Kajian JMM Mengenai PPSMI Tidak Tepat

BATU PAHAT - Kajian oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang menunjukkan 50 peratus ibu bapa mahukan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak tepat kerana ia dilakukan secara tidak komprehensif.

Menegaskan demikian, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi, berkata kajian terbabit dilakukan tanpa mengambil kira pelbagai aspek dan hanya bergantung sama ada ibu bapa bersetuju terhadap PPSMI.

"Kajian itu tidak meliputi keberkesanan PPSMI dalam meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Ia (kajian) tidak dilakukan secara empirikal dan tidak komprehensif," katanya pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitrinya di sini hari ini. Sebaliknya, Puad berkata kementerian sudah melakukan kajian terperinci selain beberapa perbincangan meja bulat dengan pakar pendidikan negara sebelum membatalkan pelaksanaan PPSMI.

Mohd Puad berkata, kementerian juga menolak PPSMI berdasarkan keputusan pelajar yang merosot dalam subjek sains dan matematik pada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2008.

Beliau menjelaskan, ketika dasar PPSMI dilaksanakan, hanya lapan peratus guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya ketika mengajar subjek Sains dan Matematik kerana kebanyakan mereka tidak dilatih dan tidak menguasai bahasa itu. Katanya, banyak pihak salah faham mengenai pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) sebagai kerajaan meminggirkan penguasaan bahasa Inggeris.

Beliau juga berkata, langkah kementerian mempertimbangkan cadangan memberi autonomi kepada sekolah untuk memilih sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik, tidak bermakna kementerian akan kembali menggunakan PPSMI.

"Memang kita sedang mempertimbangkan cadangan itu dengan mengambil kira pelbagai aspek tetapi ini langsung tidak bermakna kita akan kembali kepada PPSMI," katanya. - Sumber.


Nota Hujung :
Untuk imbasan, penulis menyertakan kenyataan akhbar Jaringan Melayu Malaysia sebagaimana disiarkan melalui akhbar The Star 6 September 2011 yang lalu.

"PETALING JAYA: Hasil kaji selidik Jaringan Melayu Malaysia (JMM)mendapati organisasi bukan kerajaan (NGO) Melayu adalah antara 15,000 responden yang melahirkan sokongan terhadap isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Kaji selidik yang berlangsung selama empat bulan mendapati 54% daripada keseluruhan responden di seluruh negara termasuk golongan guru dari kawasan pedalaman mahu PPSMI dikekalkan.

70% daripada responden terdiri daripada bangsa Melayu.

Menurut Presiden JMM, Azwanddin Hamzah, walaupun perlembagaannya jelas menyatakan peranan mereka dalam mendukung bahasa Malaysia, sokongan daripada ibu bapa berkenaan isu itu tidak boleh diketepikan begitu saja.

Kaji selidik itu juga menyatakan 66% ibu bapa daripada kawasan pedalaman bersetuju pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan memberikan masa depan yang lebih cerah kepada anak-anak mereka.

"Kerajaan perlu mengambil kira pandangan ibu bapa mengenai pendidikan anak-anak mereka daripada kita menghapuskan ia (PPSMI) sepenuhnya.

"Sebagai contoh, sesetengah sekolah di kawasan bandar boleh menawarkan PPSMI. Ibu bapa sangat menyokong pelaksanaan itu. Terpulang kepada kerajaan dan guru-guru untuk bersiap sedia bagi melaksanakannya.

"Bahasa Inggeris merupakan salah satu keperluan untuk anak-anak kita melanjutkan pengajian di luar negara dan juga kriteria penting dalam pencarian hampir 12 juta peluang pekerjaan di negara ini," katanya.

Azwanddin menambah, keputusan kaji selidik itu juga mencerminkan sokongan Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) terhadap pelaksanaan PPSMI.

Katanya, JMM juga telah bersedia untuk bertemu dengan Perdana Menteri berserta pencarian yang diperolehi bersama PAGE jika perlu.Pengerusi PAGE, Datin Noor Azimah Abdul Rahim juga dipanggil untuk mengadakan mesyuarat dengan Kabinet bagi mendapatkan penyelesaian isu berkenaan." - Sumber.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa