Selasa, September 27, 2011

Angka Roman Tidak Memerlukan Awalan Ke

Untuk makluman kawan-kawan. Awalan ke tidak diperlukan untuk angka roman. Tuan Haji Muhammed Salehudin Aman menyatakan hal ini dalam ruangan “Cintai Bahasa Kita” dalam Dewan Siswa keluaran November 2009. Menurut beliau, jika angka itu angka roman, kata sendi ke dan tanda sempang tidak perlu ditulis. Perkara ini tercatat juga dalam Koleksi Lembar Bahasa Bil 1. Cetakan pertama lembar ini adalah pada tahun 2002. Lembar ini dicetak ulang pada tahun 2006 dan 2007. Ungkapan contoh yang salah dan yang betul adalah seperti yang di bawah: *ke II → II *ke-II → II *ke III → III *ke-III → III *ke IV → IV *ke-IV → IV *ke V → V *ke-V → V *Kolokium Bahasa Melayu *ke VI → Kolokium Bahasa Melayu VI *Kolokium Bahasa Melayu *ke-VI → Kolokium Bahasa Melayu VI *Sukan SEA *ke XIV → Sukan SEA XIV *Sukan SEA *ke-XIV → Sukan SEA XIV

oleh : Norshabarina Binti Isa

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa