Jumaat, September 09, 2011

Mari Bermain Teka Teki


Assalamualaikum...
Kepada rakan- rakan unit PISM BAHASA MELAYU, saya percaya anda sekarang mengalami sedikit tekanan perasaan untuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar dalam masa terdekat. Namun, kita sebagai pelajar harus mengambilnya sebagai cabaran sebelum bergelar seorang pendidik yang berjiwa kental dan berdedikasi kelak. Di sini, saya ingin mengurangkan kekusutan yang bersarang di kepala saudara dan saudari dengan 3 teka teki. Kepada sesiapa yang sanggup meluangkan masa beberapa minit untuk bermain teka teka ini, sila lihat soalan di bawah :

Soalan pertama :
Perkataan apakah yang dieja salah dalam Kamus Dewan?

Soalan kedua :
kalau kita terus mengisi ke dalam lubang ini, ia tetap tidak akan penuh. Lubang apakah ini?

soalan ketiga :
Sekolah apakah yang tiada guru, murid, mahupun kakitangan?

************************************************************************************
sekarang soalan dah diberi, sila jawab. Nantikan jawapannya pada tulisan akan datang.

SELAMAT MENCUBA!!!


Oleh : 
Nur Atikah binti Mohd Noor

7 respon:

ahsfantasy24 berkata...

perkataan 'salah' la dieja salah..

Lubang yang takkan penuh, lubang tandas?

sekolah yang tak siap lagi :D

Nur Atikah Mohd Noor berkata...

soalan 1 dan 2 dah betul..cuma soalan yang ketiga kurang tepat.

ahsfantasy24 berkata...

Sekolah runtuh?

Cik Gadis ^^, berkata...

sekolah yang tak bina lagi ?

CheGu 24 berkata...

no 1:perkataan 'salah' dieja salah
no 2:lubang tandas
no 3 : Sekolah cuti.

Nur Atikah Mohd Noor berkata...

maaf shida,,jawapan anda kurang tepat..
tahniah buat fahmi,,jawapan anda memang betul..=)

ahsfantasy24 berkata...

Penganjur teka teki sila
bagi hadiah! :D

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa