Selasa, September 27, 2011

Bahasa Pasar Serta Penggunaan Kontemporari

Bahasa Pasar turut termasuk sebilangan perkataan slanga, terbentuk daripada pengubahsuaian daripada perkataan dalam Bahasa Melayu Piawai ataupun dicedok daripada bahasa lain. Bahasa Pasar sering digunakan terutamanya di kalangan masyarakat bandar, yang mungkin sukar difahami di kalangan generasi terdahulu, contohnya awek (gadis), balak (jejaka), usha (perhati), skodeng (intai), cun (cantik), poyo /slenge (buruk) dan lain-lain.

Kata ganti nama yang baru turut direka dengan menggunakan gabungan kata ganti nama sedia ada dengan perkataan orang, contohnya kitorang (kita + orang, menggantikan perkataan kami), korang (kau + orang, bagi merujuk kepada ramai orang), diorang or derang (dia + orang, menggantikan perkataan mereka).

Sebilangan penutur bahasa Melayu, terutamanya di Kuala Lumpur, juga sering menukar bahasa (beralih kod) antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, yang seterusnya membentuk bahasa rojak. Contoh pinjaman kata yang digunakan ialah: Bestlah tempat ni (Baguslah tempat ni),kau ni terror lah (Kau ni hebatlah). Akibatnya, fenomena ini melahirkan rasa kurang senang di kalangan pencinta bahasa di Malaysia, yang sering memperjuangkan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul.Berikut merupakan beberapa kependekan yang sering digunakan oleh remaja Melayu:
Perkataan tidak
formal
Perkataan
formal
blehboleh
koengkau
napekenapa
gipergi
katdekat/di
nemana
tautahu
jesahaja
awekgadis
balakpemuda
skodengmengintai
cuncantik
jommari
poyo/selengeburuk
blahberedar
mehmari
apsalapa pasal
tak yahtidak payah
pastuselepas itu
amikambil

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa