Khamis, September 15, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita


Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria

korus
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita

Berdasarkan lagu ini dapat disimpulkan bahawa semua masyarakat daripada organisasi yang kecil sehingga organisasi yang besar haruslah mempunyai budi bahasa yang tinggi . Cuba kita renung-renungkan sejauh mana prihatinnya kita terhadap jiran tetangga? Adakah kita seorang yang mementingkan diri? Tepuk dada tanyalah iman.

p/s : Sayangilah jiran kita. Selamat Bercuti!!

Oleh: Noratikah Binti Abidin

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa