Khamis, September 08, 2011

Lawak Pak Pandir



Di suatu petang yang cerah, Pak Pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yang berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan." Ya tuan-tuan, sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang, " kata ustaz itu.

Lalu Pak Pandir ini pun baliklah bersama bininya petang itu. Semasa sedang berbuka puasa malam itu, Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan itu, tidur malam pulak Pak Pandir ini asyik terkentut memanjang.

Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?"

"Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka setan tu... terberak-berak makan julap... puas hati aku... Hahahahahaha!

Sesungguhnya, niat Pak Pandir memang suci. Lagipun, bulan puasa mana ada syaitan kan? Suma dah kena penjara...

Oleh :
Maryam Binti Nordin

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa