Khamis, September 29, 2011

Masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa Melayu. Dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu.

Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang berubah-ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, tiada tindakan yang dapat diambil terhadap mereka yang mengutamakan bahasa Inggeris, justeru dengan itu akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah.

Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitkan buku-buku berunsur ilmiah yang diterbitkan dikalangan guru.Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli kebanyakanya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini.Ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa undang-undang, untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik, betul, dan indah.

Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja tetapi tidak diberikan kuasa undang-undang,maka usaha ke arah ini kurang berkesan.Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan, seperti kursus ekomoni, pengurusan perniagaan, undang-undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk menjadi pengantar ilmu. Arbak Othman, Dewan Bahasa (2006: 27-29)Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing, ini terpapar dalam rancangan berbentuk perbincangan politik dan juga ekonomi. Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian ilmu.

Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga dengan penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan utama.

Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu.Setelah dikenalpasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu, tumpuan dialih pula kepada cara-cara untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu.

Sumber : http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata
Oleh : Norshabarina Isa

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa