Khamis, September 08, 2011

Peribahasa

Peribahasa 
Peribahasa menurut kamus dewan edisi keempat, peribahasa merupakan ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu; bidal, pepatah: pegangan mereka yang teguh kepada peribahasa " biar mati anak, jangan mati adat", sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka. 

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

Contoh peribahasa lain :
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.



Bidalan
Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran.

Contoh bidalan
Alah bisa tegal biasa 
Maksud : Pekerjaan susah akan menjadi senang jika selalu dilakukan.

Genggam bara api biar sampa jadi arang
Maksud : Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekenjaan itu sehingga benjaya


Perumpamaan 
Perumpamaan ialah susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Contoh perumpamaan yang menyebut perbandingan ialah menggunakan perkataan-perkataan yang tertentu seperti bak, bagai, umpama, laksana, seperti, ibarat dan sebagainya. 

Contoh perumpamaan
Bagai pinang dibelah dua
Maksudnya : Pasangan yang sama padan dan sama cantik

"Bahasa Jiwa Bangsa"

Oleh:
Noratikah Binti Abidin


Sumber Rujukan:

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa