Khamis, Oktober 27, 2011

Penamaan Tempoh Masa

"Demi Masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal soleh"

TEMPOH MASA

PENAMAAN TEMPOH

1.00 a.m-11.59 a.m

pagi

12.00 a.m-1.59 p.m

tengah hari

2.00 p.m-6.59 p.m

petang

7.00 p.m-11.59 p.m

malam

12.00-12.59 a.m

tengah malam


P/s : Gunakan masa dengan sebaik-baiknya.

Oleh: Noratikah bt Abidin

Pemakaian Tanda Baca

Tanda Titik atau Noktah

Singkatan bagi gelaran, jawatan, pangkat dan sapaan ditulis menggunakan titik.
  • Dr. (Doktor)
  • Sdr. (Saudara)
  • Prof. (Profesor)
  • Y.A.B (Yang Amat Berhormat)
Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja.
  • bp. (bagi pihak)
  • sk. (salinan kepada)
  • up. (untuk perhatian)
Singkatan bagi nama jabatan, organisasi, institusi dan pertubuhan ditulis tanpa titik.
  • UPM
  • UMNO
  • DBP
Oleh: Noratikah bt Abidin

Sabtu, Oktober 15, 2011

Kata Nafi


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 249) kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu (Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, 2002 : 67). Kata nafi terdiri daripada bukan, tidak dan jangan. Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi biasa frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 249).

Kata NafiPenggunaan
bukanMenafikan kata ganti nama, frasa nama dan frasa kerja
tidakMenafikan frasa kerja dan frasa adjektif
janganlarangan.

Contoh Ayat Larangan
1. Dia bukan murid di sekolah ini.
2. Idah tidak pandai memasak kari ayam
3. Jangan membuang sampah-sarap di merata tempat.

Latihan...
Isi tempat kosong dengan kata nafi yang sesuai.
1. .................merokok di tempat awam.
2. Rumah itu ................  rumah Ahmad.
3. Dia ................  bekerja di Restoran Medan Selera.
4. Gunung Angsi ................  gunung yang tertinggi di Malaysia.
5. Sungai Petani ................ ibu negeri Kedah.
6. Muthu ................  pergi ke sekolah kerana demam.

oleh : Norshabarina Isa

Penggunaan Di Antara Dan Antara

Kata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah. Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan di hadapan frasa nama untuk menghasilkan frasa sendi nama.

Kata arah pula ialah kata yang menunjukkan arah atau kedudukan. Kata arah seperti ‘atas’,‘bawah’,’tengah’, ‘belakang’, ‘luar’, ‘antara’, dan sebagainya biasanya digunakan dalam frasa sendi , iaitu mengikut kata sendi nama. Hanya kata sendi nama di dan ke sahaja dapat membentuk frasa sendi dengan kata arah.
KATA SENDI NAMA
KATA SENDI NAMA ARAH

…akan anaknya

…akan kelakuan anaknya

…antara adik-beradik

…antara dua negara

…antara mereka

…antara sektor awam

…di atas meja

…di bawah rumah

…di tengah padang

…di depan bangunan

…di belakang pintu

…di antara Ipoh dengan Alor Setar


SALAH
BETUL

Di Australia , bahasa Melayu adalah di antara mata pelajaran yang paling digemari penuntut.

Kini ramai di antara mereka ini telah mempelajari bahasa Melayu

Di Australia, bahasa Melayu adalah antara mata pelajaran yang paling digemari penuntut.

Kini ramai antara mereka ini telah mempelajari bahasa Melayu.


Kesimpulan:

i) Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Justeru, frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.
Contohnya :
1. Anak kecil itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya..
2. Halimah duduk mencelah di antara Fatini dengan Zaleha.
3. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat satu dengan tingkat dua.
4. Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu.
5. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

ii) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahalui ayat yang menunjukkan perbandingan.

Contohnya:
1. Antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya.
2. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi, ada persamaannya.
3. Antara tingkat satu dengan tingkat dua, tingkat dua lebih baik hiasannya.
4. Antara Fatini dengan Rosnah banyak perbezaannya.
5. Antara yang dibincangkan termasuklah soal disiplin.

iii) Kata sendi nama antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama hingga untuk menunjukkan lingkungan tentang jarak, peratusan, masa, berat dan sebagainya.
Contohnya:
1. …antara 10 kilometer hingga 15 kilometer
2. …antara 20 peratus hingga 50 peratus.
3 …antara 8 kilogram hingga 10 kilogram
4. …antara lain
5. …antara satu sama lain…
6. …antara pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang

oleh : Norshabarina Isa

Khamis, Oktober 13, 2011

'Treasure Hunt'

Kemaskini: Aktiviti Treasure Hunt ditangguhkan pada satu masa yang akan dimaklumkan kemudian kerana  semua guru pelatih terlibat dengan Pertandingan Debat Peringkat Akhir dan Majlis Penutupan Pertandingan Debat Ala Parlimen Piala Timbalan Menteri Pelajaran 2011.

Sukaneka Persatuan Bahasa Melayu


Tarikh : 6 Oktober 2011
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Padang Tenis

Aktiviti 1: Pecah Belon
  • Setiap ahli kumpulan akan mendapat satu suku kata.
  • Kemudian, wakil daripada setiap kumpulan akan memecahkan belon untuk mendapat suku kata yang lain.
  • Setiap kumpulan akan mencantum suku kata yang diperolehi supaya menjadi perkataan yang bermakna.
  • Lampiran Gambar.
  • Wakil daripada ahli kumpulan akan membaling dart pada papan bernombor.
  • Pada papan tersebut mempunyai nilai markah yang terdiri daripada RM10 sehingga RM300, hilang giliran dan juga masteri.
  • Setiap kumpulan akan menjawab soalan yang dikemukakan untuk mendapat nilai wang yang telah diperoleh.
  • kumpulan yang berjaya menjawab akan diberikan markah berdasarkan nilai wang tersebut.
  • Kumpulan yang mengumpul nilai wang tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
  • Lampiran Gambar
  • Setiap kumpulan akan dibekalkan 4 utas tali dan sebatang lidi.
  • Setiap kumpulan dikehendaki memasukkan lidi tersebut ke dalam 5 biji botol yang telah disediakan dalam masa 30 saat.
  • Kumpulan yang paling banyak memasukkan lidi ke dalam botol akan dikira sebagai pemenang.
  • Lampiran Gambar
  • Setiap kumpulan akan mencari gambar yang tersembunyi disekitar padang tenis.
  • Mereka dikehendaki membina simpulan bahasa berdasarkan gambar yang mereka peroleh.
  • Kumpulan yang berjaya membina simpulan bahasa paling banyak dan betul dikira sebagai pemenang.
  • Lampiran Gambar
  • Setiap kumpulan dikehendaki memasukkan air ke dalam botol sehingga paras yang ditetapkan.
  • Setelah siap setiap ahli kumpulan akan menyusun peribahasa supaya menjadi satu peribahasa yang lengkap.
  • kumpulan yang berjaya menyusun dengan betul akan dikira sebagai pemenang.
  • Lampiran Gambar
  • Setiap kumpulan akan menhantar 2 orang wakil untuk permainan ini.
  • Setiap kumpulan akan di beri dua perkataan berkaitan semantik.
  • Seorang daripada setiap kumpulan akan menjadi si buta.
  • seorang lagi akan menjadi penunjuk arah kepada si buta.
  • Si buta dikehendaki mencari huruf mengikut warna yang telah ditetapkan untuk menjadi satu perkataan yang betul.
  • Si buta hendaklah mendengar arahan daripada rakannya untuk mendapatkan huruf tersebut.
  • Kumpulan yang berjaya menyiapkan perkataan paling awal akan dikira sebagai pemenang.
  • Lampiran Gambar

Sukaneka (Si Buta)


Sukaneka (Isi Air Dalam Botol)


Sukaneka (Cari Gambar Tersembunyi)


Sukaneka (Siapa Pantas)


Senarai Nama Penganjur Dan Peserta Sukaneka

Pengurus Acara Sukaneka:
  1. Mohd Nor Azmi bin Muhamad
  2. Mohd Shafiq bin Jahaya
  3. Noratikah binti Abidin
  4. Najihah binti Isa
Senarai Nama Ahli Kumpulan Acara Sukaneka.
Kumpulan 1 :
  1. Muhammad Faisal bin Razalli
  2. Mohd Fahdil bin Mohamad
  3. Nur Idayu binti Mat Jusoff
  4. Nur Hafizah binti Jamal Abdul Nasir
Kumpulan 2 :
  1. Mohd Azmi bin Mohd Nor
  2. Ayisy Syahmi bin Sukiman
  3. Norshabarina binti Isa
  4. Nor Hashida binti Abdul Wahab
Kumpulan 3 :
  1. Abdul Najib bin Awang @ Abdul Halim
  2. Raja Mohd Fakimi bin Raja Mahamud
  3. Nur Atikah binti Mohd Noor
  4. Maryam binti Nordin
Kumpulan 4 :
  1. Mohd Fahmi Asyraf bin Mohd Nor Azmi
  2. Nurul Nazwa binti Osman
  3. Noradila binti Abdullah
  4. Siti husna binti Mohd Basir

p/s : Selamat belajar sambil bermain.

Oleh: Noratikah binti Abidin

Sukaneka (Dart Bernombor)

Rabu, Oktober 12, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa

Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat terhadap budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek bahasa. Maka tidak hairanlah kita lihat pada hari ini, banyak Negara maju kekal menggunakan bahasa masing-masing yang diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat Negara Perancis, German, Itali, Jepun, Korea Selatan, Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa mereka berupaya menjadikan mereka masyarakat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia. Budi bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita sebagai penutur bahasa melayu tanpa mengambil  kira latar belakang bangsa di tanah air yang tercinta ini menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab.

Bahasa yang kita tuturkan berupaya menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat di Negara kita sebagai masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia dan berbudi bahasa. Kita kagumi oleh masyarakat di seantero dunia kerana perpaduan jitu dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Tanpa melihat kepada perbezaan bangsa iaitu sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa yang satu, iaitu bahasa Melayu tanpa prejudis. Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya kita diberi jolokan oleh masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, ramah dan melayan tetamu dengan sopan. Pantun Melayu ada mengungkapkan yang berbunyi :

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.
Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada aspek pertuturan. Gurindam Melayu juga ada mengingatkan kita akan peri pentingnya kita berswadaya mengekalkan kesantunan dalam berbahasa. Antara lainya berbunyi:

Kalau cakap tidak cermat,
Tentu kamu tidak selamat,
Kalau cakap tidak cermat, Kalau kelakuan tidak hormat, Tentu hidup tidak selamat.
Hal yang demikian juga digambarkan melalui sebahagian daripada seni kata lagu Allaryarham Tan Sri P.Ramlee iaitu:

Tiada kata secantik bahasa,
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan, Nak kutunjukkan perasaan. Tiada bahasa secantik puisi, Nak kucurahkan isi hati
Oleh itu, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. 
Sumber maklumat : Berita Harian

Selasa, Oktober 11, 2011

Uji Minda Anda!

  1. di + persimpangan: jauh atau dekat? 
  2. di + samping: jauh atau dekat? 
  3. di + pertaruhkan: jauh atau dekat? 
  4. menjaga tepi kain orang: simpulan bahasa atau peribahasa? 
  5. kuman di seberang laut boleh nampak, gajah depan mata tak nampak: pepatah atau peribahasa? 
  6. mata-mata gelap: pepatah atau simpulan bahasa? 
  7. habis madu, sepah dibuang: peribahasa atau simpulan bahasa? 
  8. kera di hutan disusukan, anak di buaian mati kelaparan: peribahasa atau pepatah? 
  9. langkah seribu bermula dengan langkah pertama: pepatah atau peribahasa? 
  10. mati semut kerana gula: peribahasa atau pepatah? 
  11. kalau sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan: peribahasa atau pepatah?

Simpulan Bahasa, Pepatah Dan Peribahasa

Kenapa susah sangat nak membezakan antara ‘simpulan bahasa’, ‘pepatah’ dan ‘peribahasa’?Hal ini menjadi tanda tanya kepada diri saya sendiri.Walaupun saya bakal menjadi seorang guru bahasa Melayu, namun aspek ini masih belum difahami dengan lebih mendalam.Saya juga masih kurang mahir terhadap ilmu yang berkaitan dengan perumpamaan,bidalan,perbilangan,dan lidah pendeta. Diharapkan satu taklimat ataupun bengkel dapat dijalankan supaya saya lebih mahir dalam bidang ini.

Namun demikian, saya telah mencari maklumat tersebut yang boleh dikongsi bersama-sama sebagai panduan kita bersama.Semoga ilmu ini dapat digunakan bersama-sama.

1. SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa adalah ‘bahasa yang tersimpul’. Maksudnya, ia adalah bahasa yang diguna bukan dalam konteks konvensional. Pengertian literalnya tidak sama dengan maksud sebenar yang mahu disampaikan.Dalam kebanyakan kes, biasanya simpulan bahasa adalah gandingan dua perkataan.

Contoh simpulan bahasa: tangkai jering, mata keranjang, kaki botol, tangan panjang, muka tebal, buruk siku, makan hati berulam jantung, muntah darah (gelojoh dan tamak dalam bab makan-minum).

2. PEPATAH
Pepatah adalah ‘patah-patah’ perkataan (yang tentunya lebih dari satu!). Kenapa banyak patah? Sebab pepatah merupakan ‘kenyataan atau penerangan’ yang cuba memberi penekanan maksud sesuatu perkara. Pepatah biasanya bertujuan untuk memberi pesanan, nasihat ataupun motivasi.

Contoh pepatah: biar mati anak, jangan mati adat; hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendri;bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian; di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

3. PERIBAHASA
Peribahasa pula adalah bahasa yang diperikan (diumpamakan) untuk menggambarkan sesuatu. Selalunya ia bersifat ‘perbandingan’. Jadi, satu tips mudah untuk mengenali peribahasa ialah dengan cara melihat kepada ‘unsur perumpamaan atau kata pemerian’ (yang biasanya berkait dengan ‘binatang atau tumbuhan atau persekitaran’ dalam kebanyakan kes).

Contoh peribahasa: macam kucing dengan anjing; sekilas pandang ikan di air, sudah kenal jantan betina; burung terbang dipipiskan lada; diam-diam ubi berisi, mendengar air di guruh, air di tempayan dicurahkan.


Panduan Penggunaan Perkataan ‘Di'

Penggunaan perkataan 'di' sering menjadi masalah kepada kita semua termasuk diri saya sendiri.Di sini, saya ingin berkongsi penggunaan perkataan ‘di yang dekat’ dan ‘di yang jauh'.Semoga input yang diberikan dapat menambahkan lagi kefahaman kita terhadap penggunaan perkataan ini.


‘di yang dekat’ hanya EKSKLUSIF untuk penggunaan ‘di’ yang dipadankan dengan kata kerja/perbuatan (verb).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai imbuhan. Jadi, ia harus didekatkan. 
Manakala, ‘di yang jauh’ adalah ‘di’ yang BIASANYA diganding dengan kata nama/tempat (noun).Dalam kes ini, ia bertindak sebagai sendi (kata penyambung). Jadi, ia mesti dijauhkan.


Contoh:

1. Dibahaskan – dekat kerana ‘bahaskan’ adalah perbuatan/kata kerja
2. Dibakar – dekat kerana ‘bakar’ adalah perbuatan/kata kerja
3. Di perhentian – jauh kerana ‘perhentian’ adalah kata nama
4. Di rumah – jauh kerana ‘rumah’ adalah tempat
5. Di dalam – jauh kerana ‘dalam’ BUKAN perbuatan atau kata kerja.



Ahad, Oktober 09, 2011

Debat Piala Timbalan Menteri Pelajaran IPG 2011

DEBAT PIALA TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
DI DEWAN DARUL MAKMUR, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KUALA LIPIS, PAHANG DARUL MAKMUR

PADA 9-13 OKTOBER 2011

Seramai 102 orang peserta dari 24 buah IPG seluruh Malaysia akan menyertai Debat Piala Timbalan Menteri Pelajaran. Pertandingan akan diadakan pada 9-13 Okt 2011. Taklimat peserta akan diadakan pada 9 Okt 2011 di Dewan Kuliah A jam 8.30 malam. Sebarang pertanyaan sila hubungi Setiausaha Pertandingan En Mohd Rasdi bin Saamah Ketua Jabatan Pengajian Melayu di talian 09-3123000 sambungan JPM.





Khamis, Oktober 06, 2011

Misteri Katil Wad ICU

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.. Perkara ini sangat membingungkan para doktor… Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut… Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut. Seorang pesakit lelaki sedang tidur di katil misteri.

Masa berputar… pukul 08:00 am.. 08:30 am sehingga jam 9.00 am… tiba-tiba… Pintu bilik ICU itu terbuka….Kemudian masuklah Makcik Bedah …. Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat.. Masuk… mendekati katil keramat tersebut… dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan ‘plug vacum’nya. ..

Selasa, Oktober 04, 2011

Lawatan Ilmiah Ke Institut Terjemahan Negara Malaysia


Pada awal semester yang lalu kami telah merancang untuk membuat lawatan ilmiah ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun oleh sebab beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa mengubah destinasi ke Institut Terjemahan Negara Malaysia. Butiran lawatan adalah seperti berikut:
  • Tarikh     : 2 November 2011
  • Masa      : 6.30 Pagi - 6 Petang
  • Sasaran   : Semua ahli jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu
  • Pengiring : Encik Jalalludin bin Ibrahim dan Puan Fazilah bt Mat Zin
Segala perubahan dan maklumat tambahan akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Kerana Kau Mata Hatiku

Hari ini aku pulang dari kerja agak awal dari biasa. Memandangkan hari masih awal, aku mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar ibu kota. Sekadar melepaskan penat bekerja seharian. Hmm...sudah lama aku tidak berkesempatan mengambil angin seperti petang ini. Seronok pula rasanya walaupun manusia sentiasa memenuhi segenap ruang disana sini. Sedang aku leka melihat barang-barangan yang dijual di sekitar Masjid India, aku terlihat sekumpulam manusia sedang leka berkerumun melihat sesuatu. Pastinya sesuatu yang menarik!

Terdetik juga dihati ini ingin melihat apakah yang melekakan mereka semua sehingga langsung tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Entah mengapa hatiku semakin kuat meronta-ronta ingin melihat apabila orang ramai yang mengerumuni bertepuk tangan. Seolah-olah mereka sedang melihat ahli silap mata membuat magic. Aku juga pelik dengan perasaanku yang tiba-tiba ini. Mungkin ianya sesuatu yang menarik? Mungin juga...siapa tahu.

Ketinggian yang ku miliki langsung tidak membantu ku melihat. Puas ku cuba berasak-asak dengan mereka yang lain. Harapanya dapatlah ku kehadapan bagi melihat dengan jelas lagi ‘panorama’ didepan sana. Namun, hanya bau-bauan yang tidak tertahan menghidangi hidungku ini. Masam...masin... manis...semua ada!

Tidak mahu mengalah, aku bergerak ke sebelah kanan pula. Ya! Dari sini aku nyata boleh melihat dengan jelas. Namun apa yang terpampang dihadapanku hanyalah perkara biasa... seorang pelukis jalanan yang sedang tekun melukis potret seorang wanita. Dikelilingnya juga penuh dengan lukisan potret pelbagai wajah.

Memang tidak disangkal, lukisan-lukisan nya semua tampak hidup. Cantik! Tapi apa yang dipelikkan? Di sekitar bandar raya ini juga setahu ku terdapat ramai lagi pelukis jalanan. Namun, tidaklah terlalu mendapat perhatian seperti pemuda ini.

Apa istimewanya lelaki ini? Adakah wajahnya kacak sehingga meraih perhatian? Tapi serasaku tidak logik pula. Kalau benar pun pemuda itu terlalu kacak, pastinya dia hanya mendapat perhatian gadis-gadis saja. Namun kini bukan saja para gadis, ‘mak-mak’ dan ‘bapa-bapa’ juga turut setia melihat.

Takkan orang KL tak pernah tengok orang melukis potret??? Ada baca ayat ‘guna-guna’ ke??? Alamak...terlebih sudah! Hehehe. Aku cuba mengintai wajah pemuda itu tapi gagal kerana kedudukannya membelakangi ku. Yang kelihatan hanyalah lukisan potretnya yang hampir sempurna siap.

Selagi aku tidak melihat wajah pemuda itu dan keistimewaanya, hatiku ini tidak akan puas. Mungkin bukan rezeki ku hari ini.Esok aku akan datang lagi...

***

“Lewat kau balik, Wan?” Hadi yang melihat sahabatnya itu terkial-kial membawa perkakas lukisan ditangan turun membantu.

“Hmm...ramai sangat pelanggan tadi. Tak menang tangan aku...” Ikhwan menghela nafas. Penat siang tadi masih belum hilang.

“Yeke? Alhamdulillah...murah rezeki kau, Wan.” Hisyam yang sedang leka menonton drama Impak Maksima, menyampuk.

“Alhamdulillah. Aku pun tak sangka di bandar besar macam ni masih ada rezeki menanti untuk orang macam aku ni.” Wajah Ikhwan berubah mendung.

Melihat akan perubahan di wajah sahabat mereka itu, Hadi dan Hisyam mendekati. Mereka tahu apa yang difikirkan Ikhwan itu.

“ Wan, dahlah tu. Sebagai hamba Allah, kau kena redha dengan Qada dan Qadha nya.” Hadi menepuk-nepuk bahu sasa sahabatnya sebagai tanda semangat. Hisyam disebelah mengangguk tanda mengiyakan.

Ikhwan seyum. Dia tahu Hadi dan Hisyam merupakan sahabat yang baik...di masa senang mahupun susah. Dia berasa sungguh bertuah dapat memiliki sahabat sebaik mereka.

“Aku tahu. Terima kasih Hadi...Syam.”

Ikhwan bangkit. Berlalu ke bilik. Badan harus dibersihkan dan diri ini pula memerlukan rehat secukupnya kerana esok masih banyak tugas yang menanti.

***

Masjid India, 10 pagi...

Sengaja aku datang ke sini lebih awal hari ini. Niatku bukan untuk membeli-belah tetapi memburui agenda yang tidak kesampaian semalam.

Dari jauh sudah kelihatan orang ramai sudah berpusu-pusu mengelilingi pelukis jalanan itu. .Hmm! Nampaknya ada lagi yang lebih awal dari aku. Cuma ia tidaklah seramai semalam. Mungkin hari masih awal.

Naluri ku kuat mengatakan lelaki ini pasti ada yang ‘istimewa’ tentangnya kerana semalam dia turut hadir dalam mimpiku. Walaupun begitu, wajahnya tidak jelas kelihatan. Sesungguhnya, kehadirannya mengundang misteri kepadaku. Siapa dia???

***

Masjid India, 10 malam...

Jam sudah menjengah ke angka 10 malam. Aku masih disini. Setia menati si dia. Hanya memerhati dari jauh. Tidak pernah aku membuat kerja segila ini!

Untuk mendekatinya terus serasa tidak sesuai kerana dia begitu sibuk melayan ‘pelanggan-pelanggannya.’ Oleh itu, aku membuat keputusan menantinya sehingga dia selesai melakukan ‘tugasnya’ untuk malam itu.

Sewaktu dia sedang leka mengemas perkakas lukisannya, aku terus menjalankan misi ku yang tertangguh kelmarin.

“Encik, boleh tolong lukiskan potret saya?” Aku pura-pura bertanya. Sengaja ingin mengumpanya bersembang denganku.

“Maaf, cik. Saya dah nak balik ni. Hari pun dah lewat. Cik datang esok saja ye.” Dia tidak memandangku. Tangannya tangkas mengemas tanpa mempedulikan kehadiranku. Ape...tak cantik ke aku ni?!

Dalam samar-samar cahaya itu aku dapat melihat wajahnya dengan jelas. Kacak! Matanya...keningnya... hidungnya...mulutnya... semuanya cantik terbentuk.

Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri. Terasa seperti jatuh cinta pandang pertama. Tetapi mengapa dia tidak memandangku? Seakan tersedar dari mimpi yang panjang, aku kembali ke alam nyata.

“Encik, tolonglah. Satu potret je.” Aku merayu lagi. Dengan harapan dapat mengenalnya dengan lebih dekat.

Panas hati ku ini apabila rayuanku sedikit pun tidak diendahkannya. Sudahlah aku menantinya dari pagi sehingga malam menjelma, boleh pula dia buat tidak tahu!

Tanpa aku sedar, aku merampas semua berus lukisan yang entah berapa batang ditangannya dengan kasar. Ke semua berus lukisan itu bertaburan jatuh ke tanah. Aku tergamam sendiri dengan sikapku yang tiba-tiba itu. Namun,dia dengan selamba tunduk mengutip berus-berus itu tanpa memarahiku langsung. Terdetik rasa bersalah dihati tapi....

Aku terperanjat apabila tangannya teraba-raba mencari dan mengutip berus-berus yang jatuh tadi. Aksinya seolah-olah dia tidak nampak di mana kedudukan berus lukisan tersebut. Aku terpaku memandangnya. Mungkin terasa diri diperhatikan, dia menghentikan perbuatannya.

“ Kenapa? Terkejut? Tak sangka?” Bertubi-tubi soalan dia ajukan padaku.

“Err...awak...” Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku....

“Ya! Saya buta. Puas?” Aku terperanjat dengan kenyatan yang diberikan.

“Tapi...” Aku tidak mampu meneruskan kata-kata seterusnya.

“Kuasa Allah. Segala yang diberikan adalah kurniaanNya yang tak ternilai...” Dengan perlahan dia mengungkapkan kata-kata itu yang menusuk ke jantung hatiku.

Barulah kini ku tahu mengapa dia mendapat perhatian ramai. Dia melukis dengan mata hati. Walaupun buta, tapi setiap lukisannya seolah-olah dia nampak apa yang dilukis. Dalam diam, aku mengagumi dirinya.

***

Dua tahun kemudian...

“Ikhwan...Suri nak tanya cikit boleh?” Aku memberanikan diri bertanya.

“Hahaha..sejak bila pulak kalau Suri nak tanya, Ikhwan kenakan cukai? Tak ada kan? Tanya aje lah...” Dia ketawa. Seakan-akan satu jenaka pula padanya.

“Emm... kalau Wan dapat melihat semula, Wan nak kahwin dengan Suri tak?” Aku memandang tepat ke matanya. Matanya celik namun siapa sangka pemuda kacak ini tidak cukup satu pacaindera yang tak ternilai harganya..

Kali ini ketawanya semakin galak. Aku hanya membatukan diri.

“ Wan, Suri tak main-main...” Tanpa dipaksa, air mataku menitis. Dia bungkam.

“Suri, Suri sendiri tahu Wan ni macam mana. Wan tidak sesempurna orang lain. Wan tak layak bergandingan dengan Suri. Wan buuu...” Cepat-cepat aku meletakkan jari telunjuk ke mulutnya.

Sesungguhnya, aku tidak mahu perkataan akhir itu keluar dari mulutnya. Aku ikhlas menyayanginya. Dan aku yakin dialah jodoh yang telah tersurat oleh Allah kepadaku.

“Hmm...” Ikhwan mengeluh panjang.“Suri, seandainya Tuhan takdirkan Wan dapat melihat semula, Wan akan mengawini Suri. Ini janji Wan!” Ayat terakhirnya benar-benar menbuat hatiku berlagu riang.

Aku akan nantikan saat itu...

***

Suatu pagi...

“Hello, Suri.” Awal pagi itu aku mendapat panggilan dari Ikhwan.

“Wan, kenapa ni tiba-tiba aje call?” Biasanya dia tidak akan menelefonku seawal hari ini.

“Good news! Tak lama lagi Wan akan dapat melihat semula...” Suaranya kedengaran begitu ceria.

“ Betul ke ni?” Aku sungguh gembira dengan berita yang disampaikan Ikhwan. Dalam hati, aku mengucap syukur kehadratNya.

“ Iye, sayang. Minggu depan operation .” Dari suaranya, aku tahu dia sudah tidak sabar lagi melihat dunianya kembali.

***

Sebulan kemudian...

“Suri! Kenapa Suri cuba jauhkan diri dari Wan?” Walaupun hanya berbual melalui telefon, suaranya jelas kedengaran tegang.

Ya! Selepas Wan mendapat ‘mata barunya’, aku sudah tidak menghubunginya lagi mahupun berjumpa. Kali terakhir aku berjumpanya sehari sebelum dia diusung ke bilik pembedahan. Sengaja igin menatap wajah Ikhwan sepuas-puasnya.

“Suri...cakaplah. Kenapa diam? Suri tak suka Wan dapat melihat semula?” Aku diam. Tiada kata yang mampu ku ungkapan.

“ Suri..kalau Wan tahu akan jadi begini, Wan sanggup untuk tidak melihat selama-lamanya asalkan Suri tak jauhkan diri dari Wan.” Nada suara Ikhwan berubah kecewa.

Dihujung talian, hanya esak tangisku saja yang kedengaran. Bukan aku tidak mahu bertemu Ikhwan tapi ada rahsia yang harus ku sembunyikan dari pengetahuannya.

“ Wan nak tatap wajah ‘mata hati’ Wan ni. Dan... Wan nak kabulkan janji Wan dulu pada Suri. Kita jumpa, ok?” ‘Mata hati?’ Aku tersenyum mendengar perkataan yang disebut Ikhwan itu.

***

Aku setia menanti Ikhwan di tempat dimana dia pernah melukis dulu. Di sini jugalah tempat pertemuan pertama kami dulu. Sengaja aku datang lebih awal sebelumnya. Apakah reaksinya nanti apabila melihatku?

Ikhwan sampai tepat pada masanya. Sewaktu dia sampai ditempat yang dijanjikan bersama Suri, kelihatan seorang gadis buta turut berada di situ. Dia berasa serba salah samada mahu terus ke sana atau menanti saja Suri di tempatanya berdiri.

Jantung aku pula tiba-tiba saja berdegup kencang. Aku dapat merasakan seperti Ikhwan sudah berada dekat dengan diri ini.

Entah mengapa tiba-tiba saja kaki Ikhwan laju saja melangkah ke arah di mana gadis buta itu berada. Seolah-olah gadis itu menggamit Ikhwan datang kepadanya.

Dengan ringan mulut, Ikhwan menegur. “Err...maafkan saya Cik. Cik dah lama ke duduk dekat sini?” Sekilas dia memandang wajah gadis buta itu. Cantik! Sudah lama dia tidak melihat keindahan ciptaan Ilahi itu.

“Ikhwan??? Awak Ikhwan kan?” Ikhwan terkejut kerana gadis buta itu tahu namanya.

“Ya..saya Ikhwan tapi macam mana...” Belum sempat Ikhwan menghabiskan kata-katanya,gadis buta itu bersuara lagi.

“ Sebab saya Su..Suri...” Menggeletar aku menyebut namaku sendiri.

Adakah lelaki dihadapanku ini terkejut apabila mengetahui gadis buta yang dilihatnya itu adalah aku? Bagaimanakah reaksinya? Sayangnya aku tidak mampu melihat.

“Suri??? Betul ke awak ni Suri? Ikhwan tahu Suri dulu tak macam ni kan?” Agakkan ku tepat sekali. Ikhwan benar-benar terkejut.

Yang bermain-main di hatiku kini sanggupkah dia menerimaku seperti dulu? Sanggupkah dia menunaikan janjinya dulu padaku? Aku pasrah andainya dia tidak mampu menerimaku seperti dulu. Aku terima takdirNya andainya dia bukan untukku lagi.

“Ya Allah...Suri, kenapa Suri sanggup buat ini semua? Kenapa Suri?” Ikhwan memegang bahuku dengan kedua belah tangannya. Kuat!

“Sebab Suri sayangkan Ikhwan. Suri nak Wan tahu Suri sanggup berkorban apa saje demi cinta kita ni. Dan paling penting, Suri nak tengok Wan melihat semula. Walaupun Suri tak dapat melihatnya tapi Suri gembira.” Aku senyum.

“Suri nak tengok Wan melihat semula tapi Suri...” Suara Ikhwan kedengaran sedih. Benar-benar menyentuh naluri wanitaku ini. Aku terdengar satu esakan kecil dekat ditelingaku.

Tanganku meraba-raba wajah kacak milik Ikhwan. Walaupun aku tidak boleh melihat lagi tapi aku tahu dia tetap lelaki paling kacak yang menghuni hatiku ini. Wajahnya basah. Ya! Ikhwan menangis. Aku seperti tidak percaya air mata lelaki ini tumpah jua akhirnya. Tidak semena-mena, air mataku mengalir. Bukan kerana menyesal mendermakan mata milikku kepada putera hatiku ini tapi hatiku benar-benar terkilan kerana telah menyebabkan air mata lelakinya tumpah.

“ Suri, Suri tahu tak pancaindera yang satu ini penting sangat? Suri tahu tak betapa besarnya pengorbanan yang Suri dah buat ni?” Ikhwan menyeka air mataku. Mata-mata yang melihat langsung tidak dipedulikan.

“Suri tak perlukan lagi...” Pendek aku menjawab.

“ Tapi kenapa?” Suara Ikhwan kedengaran terkejut.

“Sebab... Ikhwan mata hati Suri. Suri boleh melihat dan merasa getaran melaluinya” Aku senyum lagi.

Perlahan-lahan aku merasakan pegangan tangan Ikhwan semakin kejap pada tanganku. Terasa diri ini teramat dekat dengan dirinya.

“Suri..” Ikhwan memalingkan tubuhku mengadapnya.

“Sudikah Suri menjadi permaisuri hidup Wan? Bukan untuk seketika tapi untuk selamanya...” Kata-katanya lembut menusuk terus ke jantungku.

Aku tersenyum dan mengangguk setuju. Itulah satu-satunya ayat keramat yang aku tunggu-tunggu selama ini.

Terima kasih Tuhan kerana menemukan diriku dengan lelaki ini. Aku yakin dialah jodohku kerana Kaulah mata hatiku. Selama-lamanya...


Penulis : Siti Husna Binti Mohd Basir

Peringkat Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur bolehdikelompokkan mengikut peringkat awal, pertengahan dan maju untuk mencapaiobjektif pengajaran pengajaran bertutur iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buahfikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dalam pelbagai situasi perhubungan disekolah dan dalammasyarakat. Peringkat Awal:
    • Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.
    • Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri.
    • Mendekripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
    • Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
    • Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya berhubung dengan hal peribadi seseorang, masa persekolahan, persekitaran, dan di rumah.
Peringkat Pertengahan:
    1. Membaca iklan, peraturan-peraturan.
    2. Memberi ucapan pendek dan mudah.
    3. Mengambil bahagian dalam perbualan mudah.
    4. Memberi komen secara mudah.
    5. Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
    6. Mendekripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya.
    7. Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya.
    8. Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog.
Peringkat Maju
·Bertanya untuk mendapatkan maklumat.
· Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.
· Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat.
· Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan).
· Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum,perbincangan, dan seminar.
· Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan.
· Mendeklamasi puisi.
· Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.
· Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel, dan sebagainya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa