Sabtu, Oktober 15, 2011

Kata Nafi


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 249) kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu bukan dan tidak.

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu (Sulaiman Masri dan Ahmad Khair Mohd Nor, 2002 : 67). Kata nafi terdiri daripada bukan, tidak dan jangan. Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi biasa frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif.(Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 249).

Kata NafiPenggunaan
bukanMenafikan kata ganti nama, frasa nama dan frasa kerja
tidakMenafikan frasa kerja dan frasa adjektif
janganlarangan.

Contoh Ayat Larangan
1. Dia bukan murid di sekolah ini.
2. Idah tidak pandai memasak kari ayam
3. Jangan membuang sampah-sarap di merata tempat.

Latihan...
Isi tempat kosong dengan kata nafi yang sesuai.
1. .................merokok di tempat awam.
2. Rumah itu ................  rumah Ahmad.
3. Dia ................  bekerja di Restoran Medan Selera.
4. Gunung Angsi ................  gunung yang tertinggi di Malaysia.
5. Sungai Petani ................ ibu negeri Kedah.
6. Muthu ................  pergi ke sekolah kerana demam.

oleh : Norshabarina Isa

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa