Ahad, Oktober 02, 2011

Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5 hingga 9 November, amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka tentang masa depan bahasa Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi “mengangkasakan” tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu.

Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum melakukan perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sewaktu itu kita mengalami masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang agak serius. Bila ia diaksanakan guru yang sedia-ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan dengan berbagai masalah walaupun diberi pelbagai modul pengajaran.

Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat ‘markah bonus’ dalam penilaian kenaikan pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru.

Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP dari segi undang-undang. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah disertai penjelasan yang rapi agar semua pihak bersetuju untuk menerimanya.

Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu. Usaha ini akan mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dalam bahasa Melayu. Akan tetapi penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu sangat diharapkan.

Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti dengan kemampuan bangsa Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi walaupun asasnya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu.

Penghasilan cakera padat mengenai panduan Bahasa Isyarat Malaysia yang diterjemahkan dari bahasa asing amat dialukan, ini kerana terdapat 4000 pelajar yang sedang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat membantu golongan ini serta masyarakat berkomunikasi dengan lebih mudah. Abdullah Yusof, DBP,(2006:48-51) .

Oleh : Norshabarina Isa

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa