Selasa, Oktober 11, 2011

Simpulan Bahasa, Pepatah Dan Peribahasa

Kenapa susah sangat nak membezakan antara ‘simpulan bahasa’, ‘pepatah’ dan ‘peribahasa’?Hal ini menjadi tanda tanya kepada diri saya sendiri.Walaupun saya bakal menjadi seorang guru bahasa Melayu, namun aspek ini masih belum difahami dengan lebih mendalam.Saya juga masih kurang mahir terhadap ilmu yang berkaitan dengan perumpamaan,bidalan,perbilangan,dan lidah pendeta. Diharapkan satu taklimat ataupun bengkel dapat dijalankan supaya saya lebih mahir dalam bidang ini.

Namun demikian, saya telah mencari maklumat tersebut yang boleh dikongsi bersama-sama sebagai panduan kita bersama.Semoga ilmu ini dapat digunakan bersama-sama.

1. SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa adalah ‘bahasa yang tersimpul’. Maksudnya, ia adalah bahasa yang diguna bukan dalam konteks konvensional. Pengertian literalnya tidak sama dengan maksud sebenar yang mahu disampaikan.Dalam kebanyakan kes, biasanya simpulan bahasa adalah gandingan dua perkataan.

Contoh simpulan bahasa: tangkai jering, mata keranjang, kaki botol, tangan panjang, muka tebal, buruk siku, makan hati berulam jantung, muntah darah (gelojoh dan tamak dalam bab makan-minum).

2. PEPATAH
Pepatah adalah ‘patah-patah’ perkataan (yang tentunya lebih dari satu!). Kenapa banyak patah? Sebab pepatah merupakan ‘kenyataan atau penerangan’ yang cuba memberi penekanan maksud sesuatu perkara. Pepatah biasanya bertujuan untuk memberi pesanan, nasihat ataupun motivasi.

Contoh pepatah: biar mati anak, jangan mati adat; hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendri;bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian; di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

3. PERIBAHASA
Peribahasa pula adalah bahasa yang diperikan (diumpamakan) untuk menggambarkan sesuatu. Selalunya ia bersifat ‘perbandingan’. Jadi, satu tips mudah untuk mengenali peribahasa ialah dengan cara melihat kepada ‘unsur perumpamaan atau kata pemerian’ (yang biasanya berkait dengan ‘binatang atau tumbuhan atau persekitaran’ dalam kebanyakan kes).

Contoh peribahasa: macam kucing dengan anjing; sekilas pandang ikan di air, sudah kenal jantan betina; burung terbang dipipiskan lada; diam-diam ubi berisi, mendengar air di guruh, air di tempayan dicurahkan.


0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa