Jumaat, November 18, 2011

Selamat Bercuti

Tamat sudah musim menimba ilmu di kampus bagi sesi 2011. Tamat juga langkah bergembira mengutip ilmu yang ada di lembaran 2011. Semoga setiap apa yang kita jalani mendapat natijah yang berguna sebagai bekalan untuk masa hadapan. Doakan juga moga-moga setiap yang dilalui mendapat restu dan berkat daripada Allah s.w.t. Semoga ukhuwah yang terbina terus mekar hingga ke akhirnya.

Dalam bergembira bersama keluarga tersayang, dalam berbahagia menghirup udara di laman tercinta, jangan lupa untuk kembali bersua, semula. Paling penting, satu Perhimpunan Khas akan diadakan pada ketetapan berikut:
  • 04 Januari 2012 (Rabu)
  • 8.00 Pagi - 10.00 Pagi
  • Dewan Darul Makmur
P/s: Berhati-hati walau di mana jua anda berada. Selamat bercuti!

Selasa, November 08, 2011

Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.



Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor.
  • Pertama, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini.
  • Kedua, bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini.
  • Ketiga, penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum.
  • Keempat, bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak.

Ini antara faktor mengapa kita perlu menggunakan bahasa Melayu. Jangan sisihkan bahasa Malayu bahasa kebangsaan kita.

Oleh: Noratikah bt Abidin

Bahasa Jiwa Bangsa



O.T. Dusseck pada tahun 1935, beliau memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau,

"...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih daripada 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak dalam kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu". ( The Straits Times, 1935,)

Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Ucapan beliau telah memberikan gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. Bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya.

P/s: Gunalah bahasa kebangsaan kita. Jika bukan kita siapa lagi?? Fikir-fikirkan.

Oleh: Noratikah bt Abidin

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa