Ahad, Julai 01, 2012

Aktiviti Minggu 1: Permainan Bahasa

Aktiviti pertama Persatuan Bahasa Melayu PISMP BM Ambilan Jan 2010.
Tempat : Bilik Astro



Aktiviti pertama persatuan dikendalikan oleh Kumpulan 5 yang bertemakan Permainan Bahasa. Terdapat tiga permainan bahasa yang dilaksanakan oleh kumpulan 5 iaitu Isyarat Hati, Bebalkah Engkau dan Pisang Goreng.

Aktiviti 1 : Isyarat Hati

Semua ahli berada di dalam kumpulan yang telah ditetapkan. Wakil setiap kumpulan dikehendaki mencabut satu peribahasa dan membuat gaya peribahasa tersebut. Semua kumpulan dibenarkan meneka peribahasa yang terdiri daripada dua patah perkataan tersebut. Mereka perlu mengangkat kad kumpulan dan membunyikan 'isyarat' setiap kumpulan. Kumpulan yang berjaya meneka dikehendaki menghantar seorang wakil untuk mencabut peribahasa seterusnya.

Aktiviti 2 : Bebalkah Engkau.

Merupakan aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menentukan wakil pertama hingga kelima. Individu pertama hendaklah mencabut satu ayat di dalam bekas yang disediakan dan menghafal ayat tersebut. Seterusnya, individu pertama hendaklah memberitahu individu yang kedua dan seterusnya. Individu kelima hendaklah menulis semula ayat tersebut di atas kertas. Pemenang dikira berdasarkan jumlah ayat yang betul.


Ayat yang di sediakan.



Sesi menghafal : Farid.



Memberi maklumat kepada rakan. : Nabila dan Nizam




Individu terakhir dikehendaki menulis semua ayat tersebut. : Syahida dan Hanif.


Aktiviti 3 : Pisang Goreng


Permainan mengikut kumpulan.






Akhamdulillah, aktiviti pertama persatuan berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kesulitan. Di harap kumpulan seterusnya akan mengendalikan aktiviti dengan lebih baik lagi.



0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa