Jumaat, September 28, 2012

Bunga Kebangsaan.





Salam ukhwah buat semua pengunjung Kalam Blog Persatuan BM, semoga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT. Perkongsian kai ini berkaitan dengan bungaraya (bunga kebangsaan), tahukah anda kenapa bunga raya dipilih sebagai bunga kebanggsaan negara kita ? Bukankah bunga-bunga lain masih banyak dan lebih cantik untuk dipilih ? Kenapa tidak dipilih bunga ros atau bunga matahari dan lain-lain lagi, kenapa ? Cuba anda berfikir sejenak…he he he…
Sempena bulan kemerdekaan yang baru lepas ini kala mari kita bersama-sama berkongsi maklumat yang ramai rasa agak tak penting ni. Sepanjang pengamatan saya, bunga raya tidak lagi popular berbanding bunga-bunga lain. Cuba anda tengok sendiri di halaman-halaman rumah jiran anda, berapa banyak pokok bunga raya ditanam jika dibandingkan denganbunga-bunga lain. Pernah saya bertanya kepada seseorang, kenapa tidak menanam bunga raya ? Katanya saya tidak minat, lagipun bunga raya tidak cantik seperti bunga-bunga lain. Ya…Minat dan citarasa memang berbeza.
Apa yang merisaukan kita adalah generasi akan datang, mungkin mereka tidak lagi mengenali bunga kebangsaan negara kita. Hal ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya kita tidak mengambil serius tentang hal ini. Mungkin generasi akan datang tidak mengenali sama sekali apa itu bunga raya, kenapa dia dipilih menjadi bunga kebangsaan, apa kepentingannya dan apakah maksud yang tersirat disebalik kemerahan bunga raya itu ?
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebaga sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-MarhumTunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifa tkeberanian menempuh cabaran.
Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.
Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.
Justeru itu, dengan penulisan ringkas ini harapan saya agar dapat memberi sedikit info yang bermanfaat kepada semua pengunjung blog ini supaya semangat cintakan negara teruskekal di dalam hati sanubar ikita.Perkara yang paling utama adalah janganlah dirai kemerdekaan pada bulan Ogos semata-mata sebaliknya syukurilah kemerdekaan yang ada setiap masa setiap ketika. Akhir kalam, jangan pernah melupakan sejarah kita!!


Yunizar Mohammad
PISMP BM Sem 6 Ambilan 2010

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa