Jumaat, Oktober 19, 2012

Graduan guru, IPTA dilantik jawatan PPPS

Kuala Lumpur: Seramai 10,715 graduan institut pendidikan guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang tamat pengajian tahun ini akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41.

Daripada jumlah itu, 2,960 orang yang tamat pengajian Jun lalu sudah ditempatkan secara interim dan dalam proses ditemuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). 
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pelantikan ke jawatan PPPS Gred DG41 adalah langkah jangka pendek kerajaan bagi mengatasi masalah penempatan guru baru. 

Katanya, pelantikan itu bagaimanapun tertakluk kepada memenuhi syarat skim PPPS, membuat permohonan kepada SPP dan lulus temu duga.

"Baki 7,755 graduan yang tamat pengajian pada September dan Disember tahun ini, perlu memohon jawatan PPPS Gred DG41 secara online ke SPP melalui Jobs Malaysia dalam laman sesawang SPP bagi temu duga pada tahun depan," katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai langkah jangka pendek dan jangka panjang diambil kementerian bagi memastikan penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Mohd Puad berkata, kementerian juga menjalankan kajian norma perjawatan, unjuran, dasar penempatan dan pertukaran guru serta kumpulan pelaksana mulai tahun depan, bagi membangunkan model baru pengurusan sumber manusia pendidikan di negara ini bermula 2014. 
Menjawab soalan tambahan Khairy mengenai rayuan 63 graduan ISMP yang gagal temu duga SPP, Mohd Puad berkata mereka akan diberi peluang kedua.

Sumber Berita Harian:

Isnin, Oktober 15, 2012

Aktiviti : Terjemahan




Aktiviti kedua terakhir untuk sem ini. Terjemahan! Macam dalam super spontan tu pulak kan? Tapi kali ni, tugasan kami ialah terjemahkan ekspresi muka kepada lagu.


Maksudnya di sini, setiap kumpulan akan di beri satu ekspresi muka dan kumpulan tersebut dikehendaki mencipta satu lagu berkaitan mimik muka tersebut.



Kumpulan 5 yang sibuk mereka lirik.... :)



Online ke?




Persembahan bermula...



Ekspresi MARAH. BENGANG.

Lagu : Untuk Dia, Sedetik Lebih. ( di ubahsuai lirik )



Lagu : Harapan ( di ubahsuai lirik )



 Ekspresi : GELAK. KETAWA. GEMBIRA
Lagu : Cek Mek Molek ( di ubahsuai lirik )


Lagu : Bruno Mars ( di ubahsuai lirik )



Setelah kami semua selesai mempersembahkan lagu-lagu ciptaan kami. Encik Jalal mengendalikan satu permainan iaitu ' Roda Impian'.





Pertandingan kali ini dimenangi ole kumpulan 1 iaitu yang terdiri daripada Nadia, Asaufi, Hanif, Farah dan Iffa. Tahniah kepada mereka dan juga kepada semua ahli persatuan yang memberikan kerjasama. Tidak lupa juga kepada kumpulan yang mengendalikan aktiviti ini iaitu kumpulan 4.








Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat





1adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.  
     Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.
 
SALAH
BETUL
Apakah benar kata-katamu itu?
Apakah dia menangis?
Apakah aku bersalah?
Adakah benar kata-katamu itu?
Adakah dia menangis?
Adakah aku bersalah?


2.  boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
     Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.

SALAH
BETUL
Syimir sudah boleh menunggang kuda.

Mazni tidak boleh pergi kerana demam.

Kami tidak boleh datang kerana hujan.
Syimir sudah dapat menunggang kuda.
Mazni tidak dapat pergi kerana demam.
Kami tidak dapat datang kerana hujan.








3.   bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.

SALAH
BETUL
Cincin ini bukan cantik.
Kami bukan membaca buku.
Basikal ini bukan mahal.
Saya bukan duduk di situ.
Cincin ini tidak cantik.
Kami tidak membaca buku.
Basikal ini tidak mahal.
Saya tidak duduk di situ.


4.  pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.

SALAH
BETUL
Kawasan pendalaman  itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.




Nan Mustaqim Nan Azmie





Rabu, Oktober 10, 2012

. Aktiviti : Bahasa Baku .




Assalamualaikum. Dah lama rasanya admin tidak meng'update' tentang aktiviti persatuan. Pada minggu lepas, ahli persatuan telah mengendalikan satu aktiviti yang bertemakan bahasa baku. Aktivti ini di kendalikan oleh kumpulan 4 yang terdiri daripada Shawaldila, Adib, E'zzati, Azura dan Farid.


Kami semua di kehendaki memilih satu situasi dengan cara mengundi untuk mendapatkan situasi tersebut. Kemudian, kami dikehendaki melakonkan situasi tersebut. Dialog dalam lakonan tersebut mestilah 100% menggunakan bahasa baku. Walaupun kita semua tahu, bahasa baku hanyalah digunakan dalam majlis-majlis formal atau rasmi sahaja.

Jika kita lihat, pada zaman dahulu, iaitu zaman 60 an, mereka menggunakan bahasa baku dalam pertuturan mereka. Hal ini dapat dilihat melalui filem-filem lama seperti filem P.Ramlee.



Pengacara Majlis yang anggun. #Shawaldila#



Tuan Juri a.k.a Pensyarah Pembimbing


 Situasi : Memancing ikan.


 Situasi : Mengorat awek. Tapi, tiba-tiba si jejaka ajak gadis-gadis cun ni bergaduh pulak. Haii. Lari tajuk tu.



Mak Janda, Pak Duda dan Mak Dara




Penonton yang tak kering gusi melihat lakonan sahabat-sahabat mereka. :)




Kumpulan 3 : JUARA. :)



Tahniah kepada kumpulan 4 yang berjaya mengendalikan aktiviti ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepada ahli persatuan yang telah memberikan kerjasama yang baik. :)

Selasa, Oktober 09, 2012

BETUL KE BOHONG? (BAHAGIAN 1)





Salam Delegasi Pencinta Bahasa.Pada hari ini saya mahu membincangkan sedikit kebiasaan yang telah lama kita gunakan, karangkan, tuliskan namun ia salah di sisi undang-undang Bahasa Melayu. Namun perkara ini tidaklah melibatkan kesalahan mandatori ataupun denda yang membebankan.

Peribahasa merupakan salah satu cabang ataupun komponen penting yang terkandung didalam bahasa melayu dimana ia mempamerkan bahasa kiasan bangsa melayu yang mempunyai susun kata yang pendek tetapi mempunyai makna yang luas,sedap didengar dan bijak perkataannya.Hal ini diakui sendiri oleh Za’ba iaitu seorang sasterawan dan pemikir melayu.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI. Betul ke bohong? Pagar apakah yang bernyawa dan dikatakan telah memakan padi? Adakah pagar di belakang rumah kita ataupun Pagar Ruyung yang terletak di Tanah Datar, Sumatra Barat, Indonesia?Kenyataan saudara Awang Haji Abdul Rashid Bin Awang Haji Damit atau lebih dikenali sebagai Rashid Rahman Hassanbeliau yang dikeluarkan secara umum  sebenarnya membuka mata banyak pihak untuk menyelidik akan kebenaran dakwaan beliau itu kerana selama ini masyarakat di Malaysia hanya mengikut sahaja ungkapan sedia ada walaupun ada timbul keraguan tentang keupayaan pagar untuk memakan padi.Lagipun,mana ada petani yang memagar padi.Jadi agak mustahil untuk mentafsirkan yang ungkapan “pagar makan padi itu” bermaksud pagar yang dibina terhempap terkena padi.

Kepada mereka di luar sana yang masih lagi tidak mengenali saudara Rashid,buat pengetahuan anda semua,beliau merupakan seorang pemuda yang berasal dari Brunei Darussalam.Beliau adalah salah seorang peserta yang menyertai pertandingan pidato di Putrajaya International Coventention Centre di awal tahun 2011 dan dipertandingan tersebut,beliau menduduki tempat kedua .

Menurut beliau,kesilapan pentafsiran peribahasa ini dikatakan berlaku ketika Bahasa Melayu yang dieja didalam tulisan jawi hendak ditukarkan kepada tulisan rumi.Siapa yang melakukan kesilapan ini dan bila ia berlaku masih lagi tidak dapat dipastikan kerana kita hanya mewarisi segala macam kazanah bahasa dari generasi terdahulu.

Seperti yang dinyatakan oleh saudara Rashid,peribahasa ini mempunyai kesilapan didalam penggunaan perkataan “Pagar” kerana bunyi yang sebenarnya ialahHarapkan Pegar,Pegar Makan Padi yang merujuk kepada burung pegar ataupun ayam pegar yang ditugaskan oleh para petani suatu ketika dahulu untuk menjaga sawah padi mereka daripada haiwan perosak.Walau bagaimanapun, ayam pegar ini tidak menjalankan tugas dengan baik kerana ia bukan sahaja memakan haiwan yang merosakkan padi itu, sebaliknya ia turut menjadikan padi sebagai sumber makanannya. Disebabkan oleh kejadian itu,maka terhasilnya peribahasa ini.

Bernama saintifik Lophura ignita, ayam pegar ini boleh didapati di hutan bertanah rendah di Semenanjung Tanah Melayu, Thailand, Borneo dan juga Sumatera. Ayam ini dikelaskan didalam kategori burung dan ia menjadikan padi,buah-buahan dan haiwan kecil sebagai sumber makanannya.Spesis ini bertelur (mempunyai telur berwarna krim) dan mengikut daripada rekod yang dikeluarkan oleh “senarai Data Merah IUCN”,spesis ayam ini merupakan spesis hidupan yang semakin terancam.Hanya bertelur 5 biji sahaja ketika musim mengawan sekitar Ogos dan September sahaja.Saya pun rasanya tidak pernah melihat ayam ini secara nyata.

Mengulas mengenai peribahasa ini pula,suatu ketika dahulu,dikatakan ayam pegar ini banyak terdapat dipinggir sawah.Mereka disana memakan haiwan perosak dan siput gondang disekitar sawah sehingga mereka diberi kepercayaan oleh para pesawah untuk menjaga sawah mereka.Bagaimanapun,para pesawah tidak mengetahui yang burung ini juga memakan padi.Sebab itulah apabila hal ini diketahui,hilanglah kepercayaan pesawah terhadap burung ini.Maka terkeluarnya peribahasaharapkan pegar,pegar makan padi”. 

            Kesimpulannya, adakah peribahasa ini betul atau bohong? Terserahlah kepada anda yang menbaca dan menilai. Saya akan kembali lagi untuk mencungkil banyak lagi misteri-misteri bahasa yang wujud dalam kalangan masyarakat kita ini. Jangan takut untuk menjawabnya kerana tiada elektrik atau “karen” yang akan terkena kepada anda seperti yang ditayangkan dalam rancangan Astro Warna siaran 132. Hehe. Selamat membaca. (^^,)

Peribahasa Salah : Harapkan Pagar,Pagar Makan Padi
Peribahasa Betul : Harapkan Pegar,Pegar Makan Padi

Maksud : Kita mengamanahkan atau memberi kepercayaan kepada seseorang,sebaliknya orang itu mengkhianati kepercayaan atau amanah yang kita berikan.


 
 

Muhammad Safrinizam Ismail

 





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa