Isnin, Oktober 01, 2012

KESALAHAN TATABAHASA BAHASA MELAYU






Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan di …

salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung (seperti yang ditulis papa papan kenyataan sebuah pejabat pos di Ampang)

betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke

salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih

 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
dari – rumus  ATM
A –arah (dari belakang, dari timur, dari depan)
T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin)
M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang)
daripada – rumus KABOS
– keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)
A – asal  (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati, daripada tepung)
– banding /beza  (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada,   
berbeza daripada)
            – orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan,daripada PPUSM)
S – sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)
 Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak)
salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
betul – semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

Tidak menggandakan kata bilangan himpunanan
salah – beratus orang, beribu penonton, berguni padi
betul – beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi

  Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
salah – paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
betul – paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

 Menggandakan kata selepas saling (kesalahan berbentuk lewah)
salah – saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
betul – saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan

Pembentukan ayat pasif
Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)
Kesimpulannya, INGAT.. Kata Sendi Nama oleh hanya untuk Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga; yakni mereka, baginda, ibu, ayah Raju, dan lain-lain. Kata Sendi Nama oleh tidak boleh digunakan untuk orang pertama (aku, saya, patik, beta, hamba, kami, kita dan lain-lain) dan kedua (engkau, awak, anda, kalian, dan tuanku).
Penggunaan imbuhan –kaN di tempat kata bantu akan
salah – sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
betul – sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

 Menjarakkan imbuhan pinjaman
salah – juru taip , ko kurikulum, pasca moden, anti dadah, anti kerajaan, pro pembangkang
betul – jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah, antikerajaan, propembangkang
betul – sosioekonomi, ekabahasa, prasekolah, dwitahunan, mahasiswa

Menganggap penggunaan kata sendi pada dan kepada boleh bertukar ganti Pada
berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda ( Buku itu ada pada Encik Bean), (taji hanya ada pada ayam jantan), (Adik menampal poster itu pada dinding) bagi menunjukkan maksud sandaran. (pada pandangan saya, guru itu baik/ Tindakan yang bakal diambil bergantung pada keputusan mesyuarat petang ini/ Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan pokok itu) bagi masa (pada waktu malam, pada era globalisasi, pada musim buah-buahan)

Kepada menunjukkan sasaran bagi manusia (surat ini ditujukan kepada Encil Azman/ Acapan sentiasa  menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya) menunjukkan perubahan (Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan paras air Sungai Ampang meningkat kepada paras bahaya) menunjukkan pecahan (Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan)


DISEDIAKAN OLEH: NORSHAWALDILA BT MOHD SHAMSUDDIN

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa