Isnin, Oktober 01, 2012

PANTUN







Mengikut pendeta Za’ba (1965) pantun ialah nama karangan berangkap yang terbahagi kepada dua.  Bahagian pertamanya membayangkan maksud dengan isyarat bunyi dan bahagian kedua mengandungi maksud itu serta berjodoh pula bunyinya dengan bahagian yang pertama tadi.  Za’ba juga menyatakan bahawa pembayang pantun boleh diumpamakan sebagai kulit pantun.  Fungsinya bertindak sebagai kesediaan untuk orang menangkap maksud yang akan disampaikan.  Bahagian kedua iaitu, maksud pula merupakan isi yang sebenar yang akan diperkatakan dan merupakan inti pati pantun yang dikatakan oleh pemantun.

 Pantun terdiri daripada beberapa jenis dan bentuk, iaitu :


Pantun Dua Baris atau Bait
Pantun Empat Baris
Pantun Enam Baris
Pantun lapan Baris
Pantun Sepuluh Baris
Pantun Dua Belas Baris
Pantun Empat Belas Baris
Pantun Seloka
Pantun Berkait
Pantun Berbalas atau Berbalas Pantun
Pantun Rejang


            Marcapada ini, antara bentuk dan jenis pantun yang berikut hanya pantun dua baris dan empat baris sahaja yang masih digunakan secara meluas di Malaysia.  Kesenian berpantun merupakan satu cerminan masyarakat Melayu yang indah dan seharusnya dipelihara oleh generasi Melayu sendiri.  Ia bermula di sini!


terbang burung dari selatan,
dipuput angin sangga bayu,
bukalah surat dari lipatan.
lihatlah indah pantun Melayu.





Mohd Ainul Fikri Mohd Suffian
PISMP BM Sem 6 2012 

 

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa