Isnin, Oktober 08, 2012

Penggunaan Bahasa Melayu Abdullah Munsyi Yang Menimbulkan Rasa Kurang Senang Orang Melayu




Catatan Abdullah Kadir Munsyi tentang perihal orang-orang Melayu dalam karya beliau dalam Hikayat Pelayaran Abdullah kurang disenangi oleh orang-orang Melayu adalah kritikan terhadap orang-orang patai timur. Malah ada yang mengganggap Abdullah merupakan tali barut Inggeris yang sengaja memperlekeh dan merendah-rendahkan kemampuan orang Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang digunakan oleh Abdullah Kadir Munsyi sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan orang-orang Melayu tersebut adalah seperti berikut :

i. Bahasa kesat
 
Penulis menggunakan bahasa kesat seperti malas, lalai, adat bodoh dan jahat dalam penulisannya. Ini kerana penulis melihat orang-orang di pantai timur hidup dalam keadaan daif, miskin, berpakaian compang-camping menyebabkan penulis mentafsirkan bahawa mereka ini malas serta lalai dalam mencari rezeki sehingga mengakibatkan kehidupan mereka masih di takuk lama. Selain itu, penulis menyatakan bahawa lelaki-lelaki di situ semuanya malas kerana yang keluar mencari nafkah manakala orang-orang lelaki leka membaiki senjata, bersabung ayam, berjudi serta berhibur di malam hari.

ii. Bahasa Melayu
 
Sejak kedatangan Islam, hampir semua penduduk tanah Melayu telah memeluk Islam. Ditambah lagi dengan adanya bukti Batu Bersurat di Terengganu. Penulis menyatakan bahawa masyarakat Melayu ini sejak kecil hingga dewasa telah mempelajari al-Quran, namun kandungannya tidak difahami. Dalam kalangan masyarakat, mereka tidak menuturkan bahasa Arab tetapi menuturkan bahasa Melayu dalam perbualan hariannya. Masyarakat tidak berusaha untuk mencari seorang guru bagi membimbing mereka membaca, menulis dan mengarang kitab-kitab sebagai panduan hidup masyarakat lain.

iii. Sikap anak-anak raja
 
Penulis menggambarkan bahawa anak-anak raja di sana sering membuat onar dimana juga mereka berada bersama-sama rakan-rakan mereka yang bilangannya agak ramai selain daripada kehidupan mereka yang selalu berjudi, mengutip cukai pada rakyat jelata serta menyabung ayam. Tambahan pula, mereka sering membuat kacau di sekitar negeri serta di rumah-rumah rakyat jelata menyebabkan mereka yang takut dibunuh oleh anak-anak raja itu lalu tunduk menyembah mengabdikan diri menjadi hamba sahayanya. Maka, hamba tersebut serta seisi keluarga juga akan menjadi hamba kepada raja buat selamanya. Mereka juga sesuka hati melarikan anak-anak dara yang cantik-cantik yang ada di daerah itu untuk dijadikan hambanya di istana.

iv. Tidak berpelajaran
 
Penulis menceritakan bahawa kelemahan Kerajaan Melayu pada masa itu terjadi kerana bermulanya sikap-sikap anak-anak raja yang teramat jahat. Anak-anak raja ini tidak menunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakyat jelata kerana mereka banyak menghabiskan masa hanya dengan menyabung ayam dan berjudi sedangkan seharusnya mereka menimba sebanyak ilmu yang perlu kerana mereka akan menjadi contoh kepada rakyat jelata. Penulis mengibaratkan bahawa sistem pemerintahan kerajaan ini kelak akan sama keadaannya seperti di gelanggang sabung ayam.

v. Tempat tinggal
 
Semasa penulis berjalan melalui rumah-rumah orang Melayu di tepi pantai, penulis melihat keadaan rumah-rumah mereka. Mereka menjadikan kawasan bawah rumah mereka sebagai tempat takungan najis serta tempat pengumpulan sampah-sarap sehinggakan penulis terpaksa menutup hidung ketika melalui kawasan tersebut. Sesungguhnya Allah telah menyuruh kita menjauhi tempat-tempat dan bau-bau yang sebegitu daripada tempat kediaman kita keran disitu bermulanya penyakit-penyakit yang akan memudaratkan manusia itu sendiri. Namun begitu, itulah tempat dan bau-bauan yang disukai orang Melayu sehinggakan mereka tidak menghiraukan keadaan dibawah rumah mereka. Malah, mereka tidak berusaha untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah serta membakar sampah-sarap di kawasan kampung mereka. Penduduk di situ mendirikan pondok-pondok buruk yan tidak sesuai dijadikan tempat tinggal. Mereka beranggapan bahawa kehidupan mereka sudah memadai dan bertepatan dengan pepatah Melayu rezeki secupak tidak akan menjadi segantang.
 
 
sumber :  http://rujuknota.blogspot.com
 
 
 
Siti Normazilla Mah Hussin
 
 
 

0 respon:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa