Selasa, November 27, 2012

Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2013

BULAN
TARIKH
NOTA
Januari
23 Januari 2013
(Hari Rabu)
Februari
*25 Februari 2013
(Hari Khamis)
Tahun Baru Cina: 10 & 11 Februari 2013
Mac
25 Mac 2013 (Hari Isnin)
April
25 April 2013
(Hari Khamis)
Mei
23 Mei 2013
(Hari Khamis)
Pesta Menuai : 30 & 31 Mei 2013
Jun
* 25 Jun 2013
Hari Gawai : 1 & 2 Jun 2013
Julai
25 Julai 2013
(Hari Khamis)
Ogos
* 22 Ogos 2013
(Hari Khamis)
Hari Raya Puasa : 8 & 9 Ogos 2013
September
25 September 2013
(Hari Rabu)
Hari Raya Haji 2013 : 15 Oktober 2013
Oktober
8 Oktober 2013
(Hari Selasa)
Deepavali : 2 November 2013
November
25 November 2013
Disember
* 18 Disember 2013
Hari Khamis : 25 Disember 2013)

Isnin, November 26, 2012

Temuduga SPP Untuk Graduan PISMP 2012/2013

Batu Pahat: Seramai 2,960 graduan Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan ditempatkan di seluruh negara mulai sesi persekolahan tahun depan. 

Seramai 7,815 lagi graduan ISMP akan dipanggil untuk ditemuduga SPP dalam tempoh terdekat. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata waran perjawatan dan penempatan kepada sejumlah 2,960 graduan ISMP yang berjaya melepasi dan lulus temu duga itu kini sedang diagihkan. 

Kita harap graduan ISMP berkenaan bersedia dan menyiapkan diri untuk memulakan tugas pada sesi persekolahan tahun depan menerima jawatan mereka dengan semangat tinggi untuk mendidik anak bangsa. Waran perjawatan dan penempatan mereka sudah diluluskan dan kini giat diagihkan kepada penerima terbabit. 

Proses temu duga yang membabitkan seramai 7,815 lagi baki graduan ISMP pula akan dimulakan pada bila-bila masa dari sekarang dan ia dijangka berakhir Mac depan, katanya selepas merasmikan Program Kamu Yang Cantik anjuran pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di Balai Raya Sungai Suloh, Senggarang, di sini, semalam. 

Sebelum ini, BH melaporkan seramai 10,755 graduan ISMP mengeluh berikutan masih menganggur dan belum diserapkan sebagai guru walaupun sudah menamatkan pengajian mereka. Ia menyebabkan Kementerian Pelajaran memanggil 5,500 graduan ISMP berkenaan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk ditemuduga secara berperingkat bagi mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara. 

Kementerian juga sebelum ini dilaporkan giat mengumpul rekod terkini kekosongan guru di sekolah seluruh negara daripada Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi calon graduan berkenaan. Sementara itu, Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, seramai 63 calon graduan ISMP yang gagal dalam temu duga sebelum ini, akan dipanggil semula bagi menghadiri sesi temu duga kedua.

Sumber Berita Harian

Sabtu, November 24, 2012

Program Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

KUALA LIPIS 21 Nov. - Penglibatan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kempen bumi hijau merupakan satu inisiatif bagi menarik masyarakat menjaga alam sekitar sebagai sebahagian daripada keutamaan dalam kehidupan mereka. Justeru, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan beberapa NGO Lipis berganding bahu melestarikan kehijauan alam dan keceriaan bandar bersejarah di sini dengan menanam pokok bunga bagi mengindahkan lagi kawasan sekitar.

Seramai 200 ahli pengakap dari Ibu Pejabat PPM Kuala Lumpur, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Lipis, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Lipis, Gerakan Belia 4B Lipis dan Majlis Daerah Lipis (MDL) telah menjayakan program berkenaan baru-baru ini.

SEBAHAGIAN ahli pengakap dan NGO memegang anak pokok sebagai persediaan memulakan tanaman di Taman Tema Bandar Kuala Lipis, Pahang semasa projek menghijaukan bandar tersebut, baru-baru ini.Turut serta dalam menjayakannya ialah Pesuruhjaya Pengakap dari 11 negeri apabila masing-masing menanam pokok bunga dan pokok teduhan di taman tema di bandar ini.

Terdahulu, majlis simbolik pelancaran program itu dilakukan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman dengan menanam dua pokok teduhan di taman tersebut.Yang turut hadir Setiausaha Latihan PPM, Shukor Mohsin; Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Abdul Kadir Mohd. Noor; Penolong Pesuruhjaya Pengakap Antarabangsa, Eric Khoo dan Setiausaha Kerja PPM, Zaki Nuruddin.

Menurut Eric, program itu bertujuan menyemai rasa tanggungjawab ahli pengakap terhadap alam sekitar dengan kegiatan menghijaukan landskap di kawasan bandar khususnya di bandar ini. "Langkah ini sejajar dengan undang-undang dan latihan kepengakapan sendiri yang menggalakkan ahlinya memulihara alam sekitar untuk tujuan ekosistem serta menghijaukan bumi ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Menurut beliau, semua ahli pengakap tanpa mengira usia, pekerjaan, organisasi di sektor swasta mahupun kerajaan perlu bekerjasama memelihara dan memulihara alam sekitar yang semakin terancam sejak akhir-akhir ini.

Dalam pada itu, Shukor berkata, projek itu dilaksanakan serentak oleh ahli pengakap di seluruh negara dengan memilih lokasi di lapangan tertentu, bandar, pekan, perumahan, sekolah, pejabat kerajaan dan kem pengakap. "Program ini dapat menyemai sikap ahli mencintai alam sekitar serta memahami kepentingan dan peranan tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan sama ada di negara ini atau di seluruh dunia.

"Perkara yang paling penting iaitu ahli pengakap dari semua kaum bersyukur terhadap ciptaan dan anugerah Tuhan yang tiada nilainya apabila kesedaran tertanam di jiwa masing-masing untuk melestarikan kehijauan alam," katanya. Katanya, program itu juga berupaya merapatkan hubungan ahli PPM dengan semua NGO di seluruh negara sejajar dengan matlamat untuk melakarkan kesejahteraan, perpaduan, kemanusiaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Ahli yang terlibat: Mohd Fahmi Asyraf bin Mohd Nor Azmi, Mohd Shafiq bin Jahaya, Raja fakimi bin Raja Mahamud, Nurul Nazwa binti Osman, Nur Idayu binti Mat jusoff, Noratikah binti Abidin.

Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, November 13, 2012

Cara Kemaskini JobsMalaysia

Seperti yang telah diwar-warkan, bermula 2012, semua bakal guru, tidak kiralah produk IPH/IPT, perlu memohon penjawatan mengikut prosedur yang baharu iaitu mengisi permohonan secara atas talian di http://www.jobsmalaysia.gov.my. Pengemaskinian akaun di http://www.jobsmalaysia.gov.my biasanya berlaku apabila pemohon ingin menukar atau menambah maklumat yang telah diisikan. Sering kedengaran bertita bahawa pemohon tidak dapat mengesan pautan untuk mengemaskini maklumat, jadi kami tertakan printscreen yang memaparkan lokasi pautan kemaskini. Pastikan anda mendaftar masuk (login) terlebih dahulu. Moga-moga bermanfaat.

Isnin, November 12, 2012

Program Lestarikan Bahasa Melayu di IPG

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

KUALA LIPIS 6 Nov. - Kajian Tindakan oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) di sini dalam bidang sosiolinguistik terhadap dialek tempatan termasuk etnik Orang Asli dapat meningkatkan pemahaman mereka dengan kehidupan masyarakat itu.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrum Osman berkata, kajian yang sedang dilaksanakan itu turut membuktikan peranan bahasa Melayu sejak abad ke-13 tersebar luas sehingga ke Madagascar, Selatan Afrika, Asia Tengah dan Asia Tenggara.

Menurut beliau, di negara ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan sekali gus mengiktiraf bahasa itu sebagai bahasa ilmu.

"Hal ini bukan sahaja diletakkan di bahu Dewan Bahasa dan Pustaka DBP dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), tetapi semua institusi pendidikan guru (IPG) wajar meneruskan kajian bahasa tersebut menerusi semua cabang linguistik untuk melengkapkan bidang pengajian mereka," katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Mohamad Shahrum, wacana ilmu berasaskan pemantapan dan penggunaan bahasa Melayu perlu dilestarikan di semua IPG selain mengangkat sastera Melayu yang kini berdepan dengan era ledakan telekomunikasi bersifat global.

"Saya tertarik dengan peranan IPGKTAA Lipis dan kerajaan negeri sentiasa memberi peluang dan bantuan bagi memartabatkan kajian bahasa Melayu dan mengangkat kesarjanaan para pensyarah serta guru pelatih dalam bidang berkenaan," ujarnya.

© Utusan Melayu (M) Bhd
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa