Sabtu, Jun 15, 2013

Guru Baharu Wajib Mengajar di Pedalaman

BALIK PULAU – Tiga tahun mengajar di sekolah pedalaman adalah antara syarat baru yang akan diwajibkan kepada bakal- bakal guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, syarat-syarat itu membabitkan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) kelolaan kementerian itu serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu masih pada peringkat cadangan tetapi menjadi salah satu strategi kementerian dalam usaha melahirkan barisan guru yang terlatih termasuk dari segi pengajaran dan psikologi.

“Pendedahan ini amat baik dan memberi pengalaman berguna kepada mereka. Cara ini juga dapat memastikan hanya calon yang benar-benar bersedia menyandang jawatan ini.

“Walaupun syarat ini telah diguna pakai tetapi objektifnya seperti yang dihasratkan kementerian kurang berjaya kerana kerap kali ada campur tangan pihak luar untuk guru baru ini bertukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau di sini semalam.

Sumber: Kosmo! Online
Hakcipta terpelihara

Cuti Semester: Ahmad Naquddin Berdakwah

KUALA LIPIS 12 Jun - Biasanya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menghabiskan cuti semester dengan 'memerap' di rumah setelah penat bergelut dengan pengajian di kampus atau melancong jika berkemampuan.

Namun terdapat juga penuntut yang memilih membuat kerja kebajikan, apatah lagi aktiviti seperti itu merupakan kegiatan berharga kerana bukan sahaja dapat menggilap pengetahuan malah mampu mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Atas hakikat inilah, seorang penuntut Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Hajah Afzan (IPGKTAA), Lipis, Ahmad Naquddin Abdul Wahid, 23, memilih sekolah pondok Maahad Tahfiz a-Quran Waal Tarbiyah Al Diniah Kampung Relong, Lipis untuk mengabdikan diri dan pengetahuannya untuk berdakwah.

Ahmad Naquddin berkata, dia memilih sekolah pondok berkenaan untuk mempraktikkan kemahiran tajwid dan hafazan al-Quran kepada 18 pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun di situ.

"Saya tidak memilih balik ke kampung di Pekan, sebaliknya memilih sekolah pondok kampung itu untuk melaksanakan kerja sukarela iaitu mendidik pelajar tahfiz.

"Tugas ini amat murni dan ini adalah persediaan saya sebagai pendidik apabila tamat belajar di IPGKTAA Lipis tidak lama lagi," kata penuntut semester lapan itu di Kampung Relong dekat sini baru-baru ini.

Dia yang ditemui ketika mengendalikan ujian tasmik iaitu ujian bacaan al-Quran bersama tiga tenaga pengajar pondok berkenaan menyifatkan pengalaman selama dua minggu di situ amat berharga, sekali gus mendorongnya untuk menjadi guru tahfiz.

"Ketika mula bercuti, saya terus memohon untuk mengajar secara sukarela di pondok ini dan kehadiran saya diterima dengan senang hati termasuk oleh mudir pondok ini, Ustaz Sirajuddin Imam Uda," katanya.

Dia yang pernah belajar di Maahad Tahfiz al-Quran di Kuantan dan Pekan berkata, minat pelajar di Kampung Relong itu amat tinggi dan bersemangat menghafaz surah al-Quran dan ada yang sudah menghafaz 28 juzuk.

"Saya membantu membetulkan sebutan bacaan dan tajwid serta menyempurnakan pengajaran tentang bab fardu ain dalam kalangan pelajar di sini," katanya.

Ahmad Naquddin berkata, selesai cuti semester minggu ini, dia akan kembali semula untuk meneruskan pengajian Pendidikan Islam di IPGKTAA Lipis dan menanam tekad untuk menjadi seorang yang berdedikasi, khususnya dalam bidang dakwah.

Tambahnya, cintanya terhadap al-Quran menzahirkan perasaan berharga iaitu turut menyayangi anak-anak dan pelajar dengan menumpahkan pengetahuan dan pengalaman tentang bidang hafazan ayat kitab suci berkenaan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Prestasi IPG Perlu Lebih Cemerlang - TPM

SEREMBAN - Semua Institut Pendidikan Guru (IPG) seluruh negara perlu meletakkan sasaran lebih tinggi daripada biasa dan tidak cukup hanya dengan tahap cemerlang, kata Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.


Beliau berkata, jika institusi lain meletakkan sasaran cemerlang sebaliknya IPG perlu lebih tinggi daripada sasaran itu untuk merealisasikan usaha melahirkan modal insan dan tenaga kerja yang berkualiti, terlatih, berilmu dan berkemahiran.

"Tidak cukup dengan hanya cemerlang sahaja jika penanda arasnya 100 peratus, ia perlu lebih tinggi daripada itu seperti 110 (peratus) misalnya.

"Ini kerana peranan IPG amat penting sekali untuk membantu melahirkan tenaga pengajar berkemahiran dan berkualiti, sekaligus membantu menjana modal insan yang mempunyai kemahiran, terdidik dengan akhlak dan sahsiah yang baik,” katanya semasa menyampaikan amanat sempena lawatan kerja ke IPG Kampus Raja Melewar di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, usaha ini penting memandangkan Malaysia hanya mempunyai 23 peratus tenaga mahir daripada keseluruhan tenaga kerja di semua sektor pekerjaan. - Bernama

Hakcipta terpelihara

Pasaran Terbuka untuk Guru Lepasan IPG

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan sebagai guru tetap yang selama ini diberi secara automatik kepada guru-guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, langkah itu yang mungkin dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bertujuan memastikan hanya guru pelatih yang benar-benar berkualiti dan berkelayakan ditawarkan untuk jawatan sebagai guru tetap di sekolah-sekolah.

Berdasarkan amalan, katanya, pada masa ini guru-guru pelatih dari IPG dan IPTA dijamin pelantikan mereka sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka.

"Pemilihan guru akan berbeza, kita perlu pilih yang terbaik untuk menjadi guru. Dengan itu dapat kita melahirkan masyarakat yang hebat kerana masa depan negara bergantung kepada mereka.

"Untuk menjadikan Malaysia hebat adalah melalui pendidikan," katanya selepas majlis Konvokesyen IPG Kementerian Pelajaran kali ketiga di sini semalam.

Sumber: Kosmo! Online
Hakcipta terpelihara

Rabu, Februari 06, 2013

Tarikh Bayaran Pencen Tahun 2013

BULAN
TARIKH BAYARAN
Januari
21 Januari
Februari
21 Februari
Mac
21 Mac
April
19 April
Mei
21 Mei
Jun
21 Jun
Julai
19 Julai
Ogos
21 Ogos
September
20 September
Oktober
9 Oktober
November
21 November
Disember
18 Disember
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Reka bentuk oleh Pusat Servis Terhebat | Dengan kerjasama Encik Jalalludin dan rakan-rakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari 2009 | Delegasi Pencinta Bahasa